Peranti hibrid Surface Go 3

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pengguna hari ini lebih cenderung untuk memiliki peranti produktiviti yang bukan saja mudah dibawa ke mana saja malah mempunyai kefungsian yang baik.

Bagi tujuan itu, gergasi syarikat teknologi iaitu Microsoft memperkenalkan peranti baharu mereka daripada generasi Microsoft Surface Go 3 yang memberi penawarkan khusus untuk pengguna masa kini.

Menyentuh aspek spesifikasinya, ia didatangkan dengan dua variasi iaitu Intel Pentium Gold 6500Y dan Intel Core i3-10100Y bersama-sama padanan memori (RAM) 4GB serta 8GB.

Untuk storan pula, ia didatangkan dengan pemacu eMMC berjumlah 64GB serta SSD 128GB manakala untuk skrin paparan adalah 10.5 inci PixelSense.

Secara keseluruhannya, Microsoft Surface Go 3 ini adalah hibrid laptop bersama tablet yang boleh digunakan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian pengguna serta kefungsian yang dikehendaki.

Peranti ini juga tidak tertakluk hanya untuk produktiviti saja malah ia sesuai hampir semua keadaan termasuk kegunaan pelajar khusus untuk pembelajaran atas talian.

Padanan bersama sistem operasi Windows 11 memberi kelebihan paling optimum buat pengguna malah paling mengagumkan adalah jangka hayat bateri yang boleh menjangkau lebih 15 jam dengan penggunaan optimum tanpa perlu mengecas.

Saiznya yang kecil serta ringan memberi kelebihan dalam aspek mobiliti apabila pengguna tidak lagi perlu membawa beg laptop yang besar sebaliknya ia boleh dimasukkan di dalam bekas yang kecil seolah-olah pengguna sedang membawa fail.

Sistem operasi Windows 11 ini banyak memberi kelebihan kepada Microsoft Surface Go 3 ini apabila mutu visual lebih tajam bersama taburan warna persis warna sebenar yang dilihat.

Konsep hibrid iaitu gabungan laptop dan tablet ini berfungsi dengan baik untuk Surface Go 3 dan kepada pengguna yang mementingkan produktiviti serta mobiliti, peranti ini adalah jawapannya.

Secara keseluruhannya, Surface Go 3 adalah peranti yang baik untuk kelas produktiviti bersama keupayaan bateri yang panjang.

Konsep hibrid itu juga memberi kelebihan kepada pengguna sama ada mahu menggunakan papan kekunci atau beroperasi umpama tablet.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,591FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat