Dikecam seksi, netizen nak sedekah baju

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dikecam berimej seksi bukan perkara luar biasa dalam hidup pelakon kecil molek, Eyka Farhana, 27.

Bukan sekali, malah, banyak kali pelakon filem Polis Evo 3 itu ditegur, disindir dan dikecam berpakaian tidak cukup kain.

Terbaharu, gambar bergaun merah jambu ketika bercuti di tengah laut yang dimuat naik dalam laman Instagram (IG) sambil menikmati keindahan alam semesta tular dan terima kecaman hebat.

Menerusi hantaran, pelakon drama Dukun Diva itu memuat naik hantaran mengalu-alukan kedatangan 2022 dan berharap tuah, peluang dan rezeki menyebelahinya.

Seperti diduga, gaun yang dipakai menampakkan bahagian kulit antara bahagian pinggang dan lengan menjadi panas. Bukan hanya menerima tarbiah daripada netizen, malah, ada antaranya sanggup nak sedekah pakaian lebih sopan.

Eyka mahu menjadi diri sendiri dan akan memakai apa sahaja yang dirasakan sesuai untuknya. - Foto IG Eyka Farhana
Eyka mahu menjadi diri sendiri dan akan memakai apa sahaja yang dirasakan sesuai untuknya. – Foto IG Eyka Farhana

 

Enggan melatah, Eyka hanya membiarkan ruang komen tanpa ditutup.

“Bagi saya, seksi itu cukup subjektif. Pandangan seseorang terhadap cara berpakaian amat berbeza.

“Saya terima apa sahaja komen yang dilemparkan dengan berlapang dada. Kekurangan ini daripada tuntutan keinginan saya, jadi, tiada gunanya saya ulas panjang lebar,” katanya kepada BH Online.

Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atika Farhana Wan Sarmizi mengakui, dia ‘enjoy’ menjadi diri sendiri dan akan memakai apa sahaja yang dirasakan sesuai untuknya.

“Saya juga mempromosi pelbagai jenama dalam IG, jadi, kecenderungan saya cuba menggayakan pelbagai fesyen timbul dari keinginan diri sendiri.

“Jadi, kenapa saya mahu menjadi orang lain, sedangkan, saya gemar bergaya,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat