Xiaomi perkenal siri Redmi Note 11 serba baharu yang mantap

- Advertisement -

JENAMA peneraju teknologi global, Xiaomi mengumumkan telefon pintar kelas pertengahan dengan ciri-ciri peranti mercu iaitu siri Redmi Note 11.

Hadir dengan empat peranti baharu iaitu Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro, Redmi Note 11S dan Redmi Note 11, siri ini mempunyai ciri yang dipertingkat pada sistem kamera, kelajuan pengecasan, paparan dan SoC sekali gus menjadikan prestasinya seakan telefon pintar mercu.

Kamera dengan hasil terbaik

Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S sekali lagi menampilkan penderia utama 108MP bagi meningkatkan pengalaman pengguna mengabadikan dan berkongsi detik manis dalam resolusi tinggi dengan butiran sebenar menerusi kamera utama.

Dengan penderia Samsung HM2 bersaiz 1/1.52 inci, kamera utama dapat memanfaatkan teknologi piksel 9-dalam-1 serta dwi ISO bagi mendapatkan imej yang terbaik walaupun dalam cahaya malap.

Kamera hadapan Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S pula menampilkan kamera 16MP yang boleh menangkap swafoto dengan jelas dan tampak semula jadi.

Kadar penyegaran sehingga 120Hz

Menawarkan kadar penyegaran sehingga 120Hz dan kadar sentuhan sehingga 360Hz, siri Redmi Note 11 bakal menjadikan pengalaman skrin pengguna lebih lancar dan bebas ‘lag’, sambil turut mendapatkan sentuhan jari yang lebih tepat.

Dengan saiz skrin 6.67 dan 6.43 inci, siri ini dilengkapi dengan FHD+ AMOLED DotDisplay yang menampilkan DCI-P3 gamut, memberikan warna dan perincian yang lebih terang serta kejelasan skrin yang mencapai sehingga 12000 nits walaupun pada siang hari.

Peranti dengan paparan terbaik ini turut hadir dalam reka bentuk yang bergaya dan mempunyai pembesar suara dwi super linear pada bahagian atas dan bawah menjadikan siri Redmi Note 11 sebagai peranti dengan pengalaman hiburan dan bunyi stereo yang mengasyikkan sesuai untuk permainan mudah alih atau menonton video.

Prestasi pantas, berkuasa

Image

Redmi Note 11 Pro 5G dikuasakan pemproses Snapdragon®️ 695 menawarkan sambungan 5G dan prestasi hebat dengan adanya teknologi 6nm dan kelajuan jam sehingga 2.2 GHz.

Peranti Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S pula hadir dengan pemproses MediaTek Helio G96 okta-teras termaju sehingga 8GB RAM.

Sementara itu, Redmi Note 11 dilengkapi dengan pemproses Snapdragon®️ 680 yang dibina menggunakan proses 6nm bagi memberikan prestasi unggul serta memulihara kuasa.

Image

Lebih menarik, keempat-empat peranti siri Redmi Note 11 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5,000mAh serta keupayaan pengecasan turbo 67W pada Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro yang mengambil masa hanya 15 minit untuk mengecas 50 peratus bateri*.

Bagi Redmi Note 11S dan Redmi Note 11, kedua-dua peranti ini menampilkan 33W Pro pengecasan pantas yang membolehkan pengguna mengecas sehingga 100 peratus dalam masa sejam*.

Untuk pengalaman lebih mengujakan, jangan lupa menyaksikan pelancaran eksklusif siri Redmi Note 11 Malaysia pada 10 Februari 2022, jam 12.00 tengah hari secara langsung menerusi Facebook Xiaomi.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat