Neon Countdown’, festival malam tahun baru di Bangkok!

- Advertisement -

BANGKOK — “Neon Countdown” kembali! Bersedia untuk sebuah pengalaman Malam Tahun Baru yang berbeza kerana Bangkok sekali lagi menjadi tuan rumah bagi perayaan Malam Tahun Baru terbesar di Asia pada 29 Disember hingga 31 Disember ini.

Rekod prestasi “NEON Events” dalam memberikan barisan artis cemerlang di seluruh Asia tidak pernah mengecewakan dan diteruskan tahun ini dengan senarai baharu yang menampilkan nama-nama terbesar dalam industri dance music – Ratu Techno Charlotte De Witte, EDM royalty Hardwell, penerbit DJ Snake yang dicalonkan di majlis acara Grammy, Artbat, Blasterjaxx, Andrew Rayel dan ramai lagi! Penyanyi, penulis lagu & DJ Britain, John Newman juga membuat penampilan perdana di Thailand, yang terkenal melalui lagu hitnya ‘Love Me Again’, daripada siri permainan ikonik ‘FIFA’ yang merupakan runut bunyi zaman kanak-kanak bagi ramai pendengar.

Edisi ini juga menyaksikan penyatuan semula Axwell /\ Ingrosso, dua pertiga daripada trio legenda Swedish House Mafia secara eksklusif muncul di “NEON Countdown!”
 
Selain simfoni muzik, para penonton festival juga akan dihiburkan dengan pengalaman festival yang diperbaharui sepenuhnya dan berbeza dari edisi “NEON Countdown” sebelum ini.

Pengalaman-pengalaman unggul seperti “NEON Garden” akan kembali, lebih baik dari sebelumnya, menampilkan elemen seni yang indah dan berbaloi untuk dikongsi serta “NEON Wall” yang ikonik di mana pengunjung festival akan mengumpul momen tersendiri – dengan memori yang terpahat.

Dekatkan diri dengan “NEON Tribe” dan serlahkan kembali momen dan rasa keanak-anakan kalian melalui’ NEON Playground”.

Bersantai dan rasai keenakan di kawasan kulinari – “NEON Downtown” – di mana para peserta festival boleh menikmati pelbagai masakan lazat dari seluruh dunia (termasuk pilihan vegan & vegetarian!) sambil menyaksikan persembahan di pentas melalui Skrin LED 4K yang besar! “NEON’s Beauty Bar” turut dibawakan kembali tahun ini juga di mana para peminat muzik bakal muncul segar dan berseri dengan lukisan wajah UV yang diberikan secara percuma.

Serlahkan diri anda dan pamerkan sisi artistik anda untuk berpeluang tampil dalam “NEON Countdown Aftermovie!”


Tingkatkan sambutan Detik Ambang Tahun Baharu anda dengan pas “NEON Premium GA (PGA)” dan hiburkan diri dengan pelbagai keistimewaan termasuk lorong khas VIP, zon berdiri yang dikhaskan menawarkan pemandangan ekslusif dari Pentas Infinity dengan teknologi terkini, tandas berhawa dingin dan faedah-faedah menarik serta cenderahati yang dibuat khas untuk anda dan rakan-rakan yang tidak pernah dirasai sewaktu sambutan Tahun Baru sebelum ini.

Berkumpul bersama-sama di bawah langit festival “NEON” pada 29 Disember hingga 31 Disember ini untuk tiga malam yang meraikan Cinta & Muzik yang pasti meninggalkan kesan dalam kenangan tersendiri untuk anda.

Pastinya ada sesuatu untuk semua di sini – lebih dari sebuah festival muzik, ini adalah pengalaman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat