Banjir: 24 stesen pemancar telekomunikasi di empat negeri kembali beroperasi – MCMC

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sejumlah 24 stesen pemancar telekomunikasi daripada keseluruhan 110 yang terjejas akibat banjir di Kelantan, Pahang, Selangor dan Terengganu telah pulih dan kembali beroperasi setakat 10 pagi tadi.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pejabat MCMC negeri sedang giat mencari penyelesaian bagi baki 86 stesen pemancar telekomunikasi yang belum beroperasi melalui kerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan.

“MCMC menzahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan, Pahang, Selangor dan Terengganu.

Dalam keadaan sukar ini, MCMC memahami bahawa telekomunikasi adalah aspek penting bagi menghubungkan mangsa yang terjejas banjir dengan ahli keluarga masing-masing,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan orang ramai boleh menghubungi pegawai MCMC di empat negeri berkenaan jika terdapat sebarang masalah rangkaian serta jika memerlukan sebarang bantuan berkaitan telekomunikasi.

Bagi Kelantan, pegawai yang boleh dihubungi adalah Yuzani Mohamad Yusoff di talian 09-7454828 atau e-mel [email protected] manakala Pahang, Mohd Razlan Rani di talian 09-5154825 atau e-mel [email protected].

Selangor, Muhammad Jaflus Baharudin di talian 03-86887403 atau e-mel [email protected] dan Terengganu, Ahmad Baihaqi Zinbahar di talian 09-6288029 atau e-mel [email protected].

“MCMC juga bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan banjir melibatkan negeri yang lain,” katanya.

MCMC turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang berita palsu atau mengambil kesempatan dengan situasi banjir buruk yang melanda di empat negeri berkenaan.

“Sebarang muat naik atau perkongsian perlu dipastikan kesahihannya. Sama-sama kita memainkan peranan sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dalam situasi sukar sebegini,” menurut MCMC. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat