Enam barangan asas dijual harga rendah di 17 pasaraya terpilih sempena PJR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Enam barangan keperluan asas utama akan dijual pada harga rendah sempena Program Jualan Rahmah (PJR) di 17 pasar raya terpilih sekitar ibu negara pada 30 Disember ini.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, enam barangan itu adalah minyak masak lima kilogram (kg), ayam, bihun, telur, sardin dan beras lima kg.

Kata beliau, antara pasar raya yang terbabit dalam program ini ialah Aeon Big Kepong, ST Rosyam Mart Setiawangsa, Giant Desa Petaling, Econsave Scott Garden, NSK Peel Road, OTK Sentul, TMC Bangsar dan Segi Shamelin.

“Setiap jenis barangan itu akan dijual sebanyak 300 unit di semua lokasi berkenaan dengan pembelian dihadkan kepada satu barangan setiap orang.

“Orang ramai yang mahu membuat pembelian barang terbabit perlu mengemukakan kad pengenalan (Mykad) di kaunter bayaran,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ariffin berkata, objektif pelaksanaan program itu adalah bagi membolehkan isi rumah termasuk golongan berpendapatan rendah atau B40 membeli barang keperluan asas pada harga murah.

“Jika jualan Rahmah ini mendapat sambutan menggalakkan, ia akan dijadikan sebagai program bulanan dengan jumlah setiap barangan terbabit akan ditingkatkan.

“Dengan adanya program ini, ia diharap dapat membantu meringankan beban perbelanjaan isi rumah terutama golongan B40,” katanya.

Mengulas mengenai Skim Harga Maksimum Musim (SHMMP) sempena Krismas 2023 yang berlangsung pada 23 Disember lalu hingga hari ini, beliau berkata, sebanyak 456 premis di ibu negara diperiksa sepanjang tempoh berkenaan.

Jelas beliau, pemeriksaan terhadap 456 premis itu merangkumi pasar awam, pasar raya dan kedai runcit dengan kesemuanya didapati mematuhi peraturan ditetapkan.

“Dalam tempoh itu juga, tiada aduan diterima pihak kami berhubung barang kawalan dalam skim ini dijual melebihi harga maksimum atau kekurangan bekalan,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat