Wang ihsan banjir disalur melalui tiga kaedah – KSN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir akan disalurkan melalui tiga kaedah,” kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Menurut beliau BWI yang disalurkan melalui tiga kaedah itu diselaraskan pada peringkat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

Jelas Mohd Zuki, tiga kaedah itu adalah serahan tunai di PKOB, serahan tunai rumah ke rumah atau pemindahan tunai secara dalam talian.

Katanya, penyaluran BWI itu dibuat dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM)

“Mesyuarat memutuskan kaedah ini dilaksanakan untuk mempermudahkan urusan penyaluran BWI kepada mangsa dengan lebih efektif dan pantas.

“Mangsa banjir hanya perlu pengesahan Ketua Komuniti yang dipertanggungjawabkan tanpa perlu mengisi sebarang borang permohonan,” katanya dalam kenyataan berhubung mesyuarat Petugas Khas Pengurusan Pascabanjir dan Kesiapsiagaan Menghadapi Gelombang Kedua Banjir, pada Isnin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,612FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat