Demi kestabilan. Calon BN sokong PH-BN

- Advertisement -

ROMPIN – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain tiada halangan gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) membentuk Kerajaan Negeri Pahang.

Katanya, BN dan PH telah berjaya membentuk kerajaan Persekutuan yang stabil maka perkara sama juga akan berlaku di Negeri Pahang kerana matlamat utama ialah bekerja untuk rakyat.

“Jadi berbalik kepada kerajaan negeri (Pahang) srkiranya itulah pilihan yang terbaik, saya tiada halangan kerana yang penting kita bekerja untuk rakyat.

“Sekarang kita mempunyai kerajaan yang stabil. Apa guna kita bergabung itu ini kalau kita tak boleh buat untuk kerajaan negeri mahupun untuk rakyat jelata,” katanya kepada Suara.TV ketika ditemui di Dewan Angkat Berat Rompin pada Ahad.

Johari malah menyerahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan negeri Pahang untuk menentukan calon Menteri Besar.

“Isu siapa jadi Menteri Besar tak jadi Menteri Besar ini satu perkara yang bagi saya atas budi bicara pihak pimpinannya kerana mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk gabungan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Tambah beliau lagi, apabila berlakunya gabungan BN dengan PH di peringkat Pusat dan kesediaan calon PH Tioman memberi laluan kepadanya sebagai satu tindakan yang berjiwa besar.

“Bila PH bergabung di atas, saya melihat cadangan calon PH untuk bagi laluan kepada calon BN, saya lihat ini berjiwa besar dan saya berterima kasihlah.

“Ini memudahkan lagi proses untuk kita meraih sokongan pengundi sekali gus mencari ruang dan peluang sebaiknya untuk memenangakan calon dan BN Tioman,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat