Johari ikrar terus bela nasib Orang Asli Jakun di Tioman

- Advertisement -

ROMPIN – Sekiranya diberi mandat sekali lagi oleh rakyat DUN Tioman, calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi itu Datuk Seri Mohd Johari Hussain berikrar akan terus membela nasib suku Jakun di kawasan itu.

Menurut Johari banyak isu yang masih belum tuntas membabitkan Orang Asal di Tioman antaranya masalah pemilikan tanah dan rumah serta keciciran sekolah.

“Saya akan cuba jika diberi mandat sekali lagi untuk menyelesaikan masalah suku Jakun di Kampung Deraman ini. Rata-rata masalah mereka ialah rumah, tanah dan keciciran sekolah.

“Kebanyakan mereka di kampung ini bekerja sebagai nelayan sungai dan penanam tembikai,” kata Johari ketika menyantuni suku Jakun di Kampung Deraman pada Ahad.

Beliau akan berusaha membantu Orang Asli di situ untuk mendapatkan seekar tanah untuk setiap ketua isi rumah dan juga menyalurkan bantuan nelayan.

Dalam perkembangan lain, Johari juga bekas Exco Sumber Manusia,Belia,Sukan dan NGO Pahang memberitahu akan meneruskan pencapaian cemerlang Pahang dalam arena sukan.

“Di Pahang ini kita sudah pun bangunkan Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari sebagai persiapan pembangunan bola sepak akan datang untuk penyediaan pemain peringkat negeri, negara malah antarabangsa sejak usia awal.

“Selain itu, untuk portfolio saya sebelum ini telah dibangunkan infrastruktur sukan yang membabitkan litar lumba dan motor cross di tanah seluas 33 ekar,” katanya.

Hal demikian Johari sangat mengharapkan kesinambungan kerajaan negeri di bawah pentadbiran BN diteruskan agar projek yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat