PH bergabung dengan BN bentuk Kerajaan Negeri Pahang

- Advertisement -

TIOMAN – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) telah bersetuju untuk bergabung membentuk Kerajaan Negeri Pahang.

Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, PH Pahang telah mencapai persetujuan sebulat suara untuk memberi sokongan secara rasmi untuk membentuk kerajaan Pahang bersama dengan Barisan Nasional (BN).

“Ini berdasarkan kepada jumlah kerusi DUN secara keseluruhan yang dimenangi oleh BN (16 kerusi) dan PH (8 kerusi) yang telah melebihi majoriti mudah.

“Kami berharap kerajaan Negeri Pahang yang baru pasca PRU15 dapat dibentuk demi menjamin pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lancar untuk kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

BN yang mentadbir kerajaan negeri sebelum ini hanya menang 16 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan, manakala PN mendahului 17 kerusi dan PH hanya 8 kerusi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,462FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat