Penceramah Ditahan Bantu Siasatan Noda Kenalan Instagram

- Advertisement -

SHAH ALAM – Seorang penceramah bebas ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes merogol seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7 di sini pada tahun lalu.

Lelaki yang juga pengacara berusia 25 tahun itu ditahan pada pukul 11 malam tadi selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, tangkapan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 23 tahun pukul 7.18 malam semalam.

Siasatan awal mendapati mangsa keluar dengan lelaki itu yang dikenalinya menerusi laman sosial Instagram pada 11 September tahun lalu.

Tujuan pertemuan itu adalah bagi berbincang berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi mangsa dengan kaedah perubatan Islam.

“Lelaki itu telah membawa mangsa makan di kedai makan sebelum balik ke rumah dengan alasan untuk memberikan penerangan mengenai penyakit kemurungan,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Kata beliau, mangsa yang didakwa diperkosa diberikan amaran supaya merahsiakan kejadian itu sebelum dihantar pulang keesokan harinya menggunakan kenderaan e-hailing ke rumahnya di Subang Jaya.

Mangsa mengalami tekanan perasaan yang teruk menerima rawatan psikitari di Hospital Kajang pada 23 September tahun lalu.

“Mangsa yang pulang ke rumah keluarganya di Pahang turut menerima rawatan selama lima hari di wad psikitari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

“Pihak hospital memaklumkan mangsa telah mengalami tekanan perasaan yang teruk serta trauma akibat dari kejadian tersebut dan masih menerima rawatan susulan sehingga kini di hospital sama,” jelasnya.

Permohonan reman akan dilakukan di Mahkamah Shah Alam esok kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -K!ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat