YBR Serah Bantuan Kesihatan Untuk Nur A’afiyah Humaitah (Video)

DARURAT AGENDA POLITIK ATAU AGENDA RAKYAT

Oleh Ab Jalil Backer Proklamasi Darurat oleh Yang Di-Pertuan (YDP) Agong pada 13 Januari lalu sehingga 1 Ogos 2021 merupakan jalan paling baik dalam membantu...

Rumah Terputus Dua Dilanda Arus, Cuma Dapat Selamatkan Adik Dan Geran Motor Serta Tanah

RAUB: Bencana alam banjir besar yang melanda dibeberapa negeri seperti di Pahang baru-baru ini menyebabkan ramai orang di kawasan terjejas telah kerugian harta benda...

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...

Tidak putus asa, Anwar sekali lagi dakwa ada cukup sokongan

CYBERJAYA: Ketika negara sedang sibuk melawan Covid-19, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti...

“Dorang datang lawat abang lah… lepas ni boleh lah Google Meet di rumah”

SANDAKAN - BESAR betul kesan viral cerita pasal budak 10 tahun dari Kampung Sinar Baru, Batu 12 yang terpaksa pergi bukit dalam ladang sawit...

KUALA LUMPUR – Prihatin dengan nasib yang menimpa adik Nur A’afiyah Muhammad Hassan, Yayasan Bank Rakyat (YBR) tampil menghulurkan bantuan berupa bekalan barangan perubatan untuk meringankan bebanan yang dihadapi oleh keluarganya.

Adik Nur A’afiyah yang tinggal bersama ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala menghidapi komplikasi kesihatan sejak lahir di mana beliau terpaksa menggunakan ‘stoma beg’ untuk membuang air besar serta memerlukan susu khas untuk meneruskan kehidupan.

Kondisi kesihatan adik Nur A’afiyah memaksanya untuk berulang alik ke Hospital Kuala Lumpur bagi melakukan pemeriksaan susulan.

Menurut Pemangku Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Mohd Fauzi Md Fadzil, Yayasan Bank Rakyat terpanggil untuk membantu adik Nur A’afiyah selepas menerima permohonan bantuan daripada ayahnya, Muhammad Hassan kepada Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Ayah kepada adik Nur A’afiyah yang merupakan seorang pemandu van dan ibunya seorang suri rumah, turut terkesan dengan kekangan perbelanjaan dan kekurangan pendapatan disebabkan impak dari pandemik Covid-19 yang melanda negara kini.

Tambahnya lagi, dengan bantuan ‘stoma beg’ bernilai RM3,289.00 ini diharapkan dapat membantu mengurangkan bebanan yang kini ditanggung oleh keluarga adik NurA’afiyah.

Sehingga bulan November ini, Yayasan Bank Rakyat telah memperuntukkan sebanyak hampir RM200,000.00 bagi tahun 2020 untuk sumbangan membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Sumbangan ini adalah bertujuan dalam meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Pengurus Jabatan Perhubungan Komuniti & Penjenamaan Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Orang ramai yang ingin menghulur bantuan kepada adik Nur A’afiyah boleh menghubungi Muhammad Hassan Kamil di talian 018-240 6884 atau sumbangan menerusi akaun Maybank 165125108616.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

DARURAT AGENDA POLITIK ATAU AGENDA RAKYAT

Oleh Ab Jalil Backer Proklamasi Darurat oleh Yang Di-Pertuan (YDP) Agong pada 13 Januari lalu sehingga 1 Ogos 2021 merupakan jalan paling baik dalam membantu...

Rumah Terputus Dua Dilanda Arus, Cuma Dapat Selamatkan Adik Dan Geran Motor Serta Tanah

RAUB: Bencana alam banjir besar yang melanda dibeberapa negeri seperti di Pahang baru-baru ini menyebabkan ramai orang di kawasan terjejas telah kerugian harta benda...

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...