Peguam Dakwa Kematian Maradona Kerana Petugas Kecemasan Lambat Bertindak

- Advertisement -

KEMATIAN legenda bola sepak, Diego Maradona didakwa berpunca daripada kecuaian pasukan kecemasan yang lambat bertindak, menurut peguamnya, Matias Morla.

Berikutan itu, Morla menuntut siasatan penuh dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian bekas pemain dan pengurus pasukan Argentina itu yang sehingga kini dilaporkan akibat serangan jantung.

“Ia tidak munasabah mengapa rakan saya (Maradona) tidak diberikan perhatian selama 12 jam, walaupun ada petugas yang telah ditugaskan melakukan kerja-kerja itu,” kata Morla dalam satu kenyataan di Twitter.

Bekas pemain tengah Argentina itu mengalami serangan jantung di rumahnya di Buenos Aires.

Maradona sebelum ini menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku pada otak awal November lalu, selain pernah menjalani rawatan kerana ketagihan alkohol.

Beliau diiktiraf sebagai salah seorang pemain terhebat dalam sepanjang zaman, menjadi kapten ketika Argentina memenangi Piala Dunia 1986, dengan persembahan permainan yang luar biasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat