Sultan Johor dipilih sebagai Agong ke-17

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya.

Menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khas hari ini bersetuju memilih Sultan Ibrahim menjadi Agong ke-17.

Baginda akan menggantikan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dari Pahang, yang penggalnya akan tamat pada 30 Januari 2024.

Bulan lalu, Sultan Ibrahim menzahirkan kesediaan baginda melaksanakan tugas untuk negara dan rakyat.

Sultan Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262 di Istana Negara yang berlangsung sejak Rabu.

Bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, Sultan Ibrahim mempunyai enam anak iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail; Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah; Tunku Idris; Tunku Abdul Rahman; Tunku Abu Bakar; dan Tunku Abdul Jalil, yang mangkat pada 2015.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat