Minggu Solidariti Palestin di sekolah digalakkan, tiada paksaan – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menegaskan tiada paksaan dalam penganjuran Minggu Solidariti Palestin oleh Kementerian Pendidikan (KPM) di sekolah, meskipun ia digalakkan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu mengenai program itu sudah pun dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dan penganjurannya terpulang kepada pertimbangan setiap sekolah.

“Tadi kita sudah bincang dalam Kabinet… kita galakkan, tidak paksa semua sekolah.

“Cuma sekolah kena kawal agar tidak menimbulkan masalah,” lapor BH di Dengkil pada Jumaat.

Sebelum ini, tular foto kanak-kanak memegang senjata mainan didakwa berkaitan dengan Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkan di sekolah.

Dilaporkan, badan bukan kerajaan (NGO) Global Human Rights Federation (GHRF) mengecam tindakan itu dan menyifatkannya sebagai ‘mengejutkan dan menakutkan’.

Sehubungan itu, beberapa NGO membantah arahan supaya sekolah mengadakan Minggu Solidariti Palestin pada 29 Oktober hingga 3 November ini.

Selain itu, kerajaan juga digesa memastikan institusi pendidikan tidak dibabitkan dengan isu konflik antarabangsa, perang dan pertikaian agama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat