9 negara Arab tuntut PBB kuat kuasa gencatan senjata di Gaza

- Advertisement -

ANKARA – Sembilan negara Arab menuntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera menguatkuasakan gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

Gesaan itu dibuat dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh menteri luar Mesir, Jordan, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Kuwait, Bahrain, Oman dan Maghribi.

Kenyataan itu mengutuk ‘serangan terhadap orang awam, pemindahan paksa dan dasar hukuman kolektif”, lapor Agensi Anadolu, pada Jumaat.

Menteri-menteri terbabit menyeru supaya majlis itu ‘mewajibkan pihak-pihak yang terbabit untuk melaksanakan gencatan senjata segera dan mampan, berusaha untuk memastikan akses pantas, selamat dan mampan bagi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza tanpa halangan selaras dengan prinsip kemanusiaan,” menurut Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan.

Pada Rabu lalu, majlis itu gagal meluluskan dua resolusi menggesa gencatan senjata di Gaza yang digubal oleh Amerika Syarikat dan Russia.

Lebih 7,028 rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober.

Seramai 2.3 juta penduduk Gaza kehabisan makanan, air, ubat-ubatan dan bahan api, manakala konvoi bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza hanya membawa sebahagian kecil daripada apa yang diperlukan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat