Pandora Papers: SPRM Datang Pejabat Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Delegasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengunjungi Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya beberapa hari lalu berhubung desakan siasatan terhadap Pandora Papers.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) di media sosialnya pada Rabu berkongsi gambar pertemuan bersama badan penyiasat itu

“Beberapa hari lalu saya telah dikunjungi oleh delegasi dari berhubung Pandora Papers. Saya bersedia memberi kerjasama yang selayaknya.

“Saya turut ingin menggesa perkara ini tidak dipandang remeh kerana ia telah berlarutan lama sejak 10 tahun lalu rentetan dari laporan Global Financial Integrity 2010 yang meletakkan Malaysia di tangga kedua dalam ‘illegal capital flight’,” kata Ketua Pembangkang itu.

Anwar mendesak supaya SPRM tidak berlengah menjalankan siastan.

“Jangan tunggu lagi 10 tahun untuk jalankan siasatan penuh dan terperinci,” tegas Anwar.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, akan memanggil Anwar berhubung pendedahan beliau mengenai Pandora Papers yang melibatkan beberapa figura terkemuka, dalam masa terdekat.

Hal demikian, beliau telah meminta Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya untuk mengarahkan pegawainya untuk berjumpa Ahli Parlimen Port Dickson itu bagi merekodkan keterangan.

Namun demikian katanya, keputusan sama ada untuk membuka atau sebaliknya kertas siasatan adalah bergantung kepada hasil perbincangan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi-agensi yang terlibat.

Anwar sebelum ini dilaporkan bersedia untuk memberikan kerjasama kepada SPRM berhubung siasatan terhadap pendedahan Pandora Papers yang dibuatnya di Parlimen sejak 2012.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pendedahan Pandora Papers.

Pandora Papers adalah laporan berhubung ratusan pemimpin dunia termasuk ahli politik didakwa menyembunyikan wang dan pelaburan mereka seperti hartanah, kapal persiaran dan aset lain sepanjang 25 tahun lepas.

Ini didedahkan menerusi 12 juta fail yang dimiliki oleh 14 firma di serata dunia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat