Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mendiang Guan Dee

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi yang meninggal dunia semalam.

Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang yang juga bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dan berharap seluruh keluarga mendiang tabah menghadapi dugaan ini.

“Seri Paduka Baginda amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada negeri Sabah dan negara,” menurut kenyataan Istana Negara yang dimuat naik menerusi Facebook hari ini.

Guan Dee, 67, meninggal dunia pada 4.50 petang semalam di Hospital Kuala Lumpur selepas mengadu sakit dada.

Mendiang Guan Dee yang juga Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) telah mencipta sejarah sebagai Senator pertama yang dilantik daripada parti tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat