Malaysia hargai Jepun sumbang vaksin COVID-19 kepada rantau ASEAN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghargai jasa baik Jepun atas sumbangan vaksin kepada negara anggota ASEAN dalam menjayakan Rangka Kerja Pemulihan Komprehensif ASEAN bagi mengurangkan kesan COVID-19.

Katanya, pemberian vaksin dari Jepun itu memberikan sumbangan besar kepada usaha bangkit daripada wabak berkenaan.

Ismail Sabri menyeru supaya ASEAN dan Jepun harus meningkatkan lagi pelbagai kerjasama terutamanya dalam bidang kesihatan untuk menyediakan rantau ini lebih baik mendepani kecemasan berkaitan kesihatan pada masa depan.

“Sumbangan Jepun kepada ASEAN Centre for Public Health Emergencies and Emerging Diseases adalah penting.Penubuhannya sangat tepat pada masanya untuk membantu negara ASEAN di saat memerlukan bantuan dan seterusnya mengurangkan kesan akibat COVID-19.

“Sebagai persediaan, Malaysia mencadangkan kepada ASEAN dan Jepun meneroka potensi pakar-pakar ke pusat berkenaan ke arah usaha mengeluarkan vaksin bagi rantau ini. Ia akan membantu menangani masalah kekurangan vaksin serantau sekali gus bersiap sedia menghadapi kemungkinan kemunculan penyakit baru,” ucap Ismail Sabri.

Bukan itu saja, Perdana Menteri turut menyentuh soal keselamatan siber kerana pendigitalan dimanfaatkan dalam semua aspek kehidupan masa kini.

“Dalam hal ini, ASEAN dan Jepun perlu mengukuhkan lagi kerjasama melalui ASEAN-Jepun Pusat Pembinaan Kapasiti Keselamatan Siber.

” Di pihak kami, Malaysia sedang membangunkan pembangunan profesional keselamatan digital dan sepanjang hayat program pembelajaran , bertujuan untuk membangunkan pembangunan kapasiti dalam keselamatan siber.

“Oleh itu, dalam hal ini, Malaysia mengharapkan sokongan Jepun untuk program yang dicadangkan,” katanya.

Pada Sidang Kemuncak ASEAN itu juga Ismail Sabri mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Jepun yang baru, Fumio Kishida atas pelantikan berkenaan baru-baru ini.

Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Jepun kerana berjaya menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik 2020 pada masa yang mencabar ini.

Kata beliau, sejak 1973, Jepun kekal sebagai rakan setia ASEAN.

” Kami menghargai sokongan Jepun dan bantuan selama ini yang telah menyumbang kepada usaha membina komuniti ASEAN,” ucap beliau.

Dalam pada itu, ujarnya Malaysia mengalu-alukan cadangan Jepun untuk menjadi tuan rumah sidang kemuncak peringatan khas secara peribadi di Jepun pada 2023, untuk meraikan 50 tahun hubungan dialog.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat