Tidak rasmi: Timbalan Menteri Pertahanan kalah, PN rampas Bukit Katil
MELAKA – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil kepada Perikatan Nasional (PN), menurut keputusan tidak rasmi.
Berdasarkan kiraan tidak rasmi yang diterima, PN memperoleh 10,624 undi berbanding 5,655 undi diraih Adly yang mewakili Pakatan Harapan (PH), dengan kelebihan 4,969 undi.
Keputusan itu menyaksikan PN merampas kerusi N17 Bukit Katil daripada Pengerusi PH Melaka berkenaan.
Adly merupakan bekas Ketua Menteri Melaka yang menerajui pentadbiran negeri selepas kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, sebelum kerajaan pimpinannya tumbang pada Mac 2020.
Kekalahan itu menjadi tamparan kepada PH Melaka apabila pemimpin utamanya, yang pernah mengetuai kerajaan negeri, gagal mempertahankan kerusi berkenaan.
Bagaimanapun, keputusan rasmi masih menunggu pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


