PRN Melaka : Pelancaran Jentera BN Malam Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan melancarkan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr Ismail di World Trade Centre Kuala Lumpur jam 8 malam ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang memaklumkan pelancaran dibuat di ibu negara memandangkan tidak dapat dilakukan di Melaka kerana prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan.

“Pelancaran Jentera BN di WTCKL pada Rabu pukul 8 malam. Untuk PRN Melaka tidak dibuat di Melaka kerana SOP.

“Pakai mask (pelitup muka), jaga penjarakan, sanitizer (cecair pembasmi kuman) tangan, check suhu badan, guna MySejahtera, sudah vaksinasi dua dos dan tidak bergejala,” katanya melalui ciapan di Twitter hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan memaklumkan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya dilarang bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat