Tindakan Howard Lee beri banyak peluru kepada lawan – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee memetik ayat al-Quran dalam konteks politik disifatkan sebagai langkah kurang bijak kerana ia memberi banyak peluru kepada pihak lawan.

Bekas menteri Kabinet, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatatakan, sama ada bersetuju atau tidak namun secara konteks pada hari ini Pakatan Harapan (PH) terutamanya DAP yakni ada persepsi anti Islam.

“Jika sebelum ini DAP menuduh PAS menunggang agama dan tiba-tiba dia buat (tafsir al-Quran) dalam konteks DAP anti Islam.

“Bila benda ni jadi secara politiknya ia satu langkah yang saya rasa kurang bijaklah kerana dia bagi banyak peluru kepada pihak lawan,” tegas Khairy dalam podcast Keluar Sekejap x Tiber yang dimuat naik malam tadi.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, tindakan Howard Lee yang memetik ayat al-Quran berhubung konsep taat kepada ulil amri dalam ayat 59 surah al-Maidah itu adalah ayat lazim dipetik oleh ahli politik.

“Ayat itu untuk tunjukkan kita taat kepada Allah dan Rasul serta taat kepada pemerintah.

“Tapi kita kena betul-betul berhati-hati dan kita kena faham konteks,” ujarnya.

Sementara itu, Shahril Hamdan berkata, secara peribadi tindakan Howard Lee itu disifatkan kurang sesuai.

“Pandangan saya secara peribadi kurang sesuai, kalau antara attack line PAS, PN ialah tunggang agama menggunakan hujah politik untuk kepentingan parti politik.

“Saya tak nampak beza apa yang dilakukan Howard… dilihat orang bukan Islam cuba mengajar orang Islam bagaimana untuk mentafsir ayat suci mereka sendiri, saya tak sokong,” katanya yang menasihatkan Ahli Parlimen Ipoh Timur itu agar lebih berhati-hati.

Semalam media melaporkan, selepas lebih seminggu menjadi sasaran kritikan kerana memetik ayat al-Quran dalam konteks politik, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee tampil memohon maaf susulan isu itu.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP itu berkata, permohonan maaf itu dibuat antaranya mengambil kira saranan Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menegurnya supaya tidak mengulangi perbuatan membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran.

“Saya ambil kesempatan di sini untuk meminta maaf atas segala kesulitan dan memohon maaf bagi semua pihak termasuk semua rakan-rakan bukan Islam dari parti lain termasuk Gerakan dan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) yang turut memetik ayat suci al-Quran dalam konteks politik,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat