Orang ramai di Gujarat kumpul habuk cari berlian jatuh di jalanan

- Advertisement -

NEW DELHI – Orang ramai berkumpul di beberapa jalan di daerah Surat, negeri Gujarat untuk mencari berlian selepas mendengar khabar angin mengenai seseorang yang dikatakan tidak sengaja menjatuhkan sebungkus permata itu, lapor laman berita Wion News.

Surat yang digelar sebagai ‘kota berlian India’ ialah pasaran terbesar di dunia bagi aktiviti mengilat, memotong dan mengukir berlian.

Video memaparkan orang ramai mencari berlian dengan teliti di kawasan Varaccha tular di media sosial India.

Menurut laman berita Ahmedabad Mirror, khabar angin mengenai kehilangan berlian bernilai jutaan rupee itu merebak pantas pada 24 September lalu.

Orang ramai dikatakan sanggup mengumpul habuk dari jalan untuk mencari berlian.

Seorang penduduk dilihat membersihkan kawasan itu dengan penyapu dan berharap dapat mencari berlian dalam debu yang terkumpul.

Seorang penduduk dikatakan berjaya menemui berlian, namun hampa apabila mendapati ia sebenarnya berlian Amerika (bukan berlian asli).

Arvind Panseria yang turut mencari berlian itu berkata, seorang lelaki menemui sebutir berlian tetapi ia adalah berlian Amerika yang digunakan sebagai barang kemas tiruan.

Seorang pegawai polis dari balai polis Varachha, Alpesh Gabani berkata, seseorang telah menjatuhkan berlian Amerika di atas jalan tetapi khabar angin yang tersebar mendakwa ia berlian sebenar. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat