Zahid Yakin Ismail Sabri Tak Akan Biarkan BN Kalah Dengan Lengahkan PRU-15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Taklimat Khas Presiden UMNO diselangi sorakan bubar Parlimen oleh ribuan penyokong yang hadir setiap kali disebut perkataan pilihan raya dan nama Perdana Menteri.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pimpinan dan ahli Umno supaya bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bila-bila masa.

Malah kata Zahid, beliau yakin kerajaan pinmpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan membiarkan harapan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pudar sekiranya pilihan raya umum dilengahkan.

“Bersedia menghadapi PRU bila-bila masa. Kemenangan besar BN adalah pengukuhan obor perjuangan Datuk Seri Najib Razak untuk parti dan negara.

“Kami percaya kerajaan pimpinan Ismail Sabri tidak akan membiarkan harapan ini pudar sekiranya tarikh PRU dilengahkan,” ucap Zahid dalam Taklimat Khas Presiden Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Sabtu.

Zahid juga menyatakan rasa terkilan apabila ada banyak pihak menuduh Umno gila kuasa apabila asyik mendesak segerakan pilihan raya.

“Siapa yang mengatakan bahawa desakan PRU-15 perlu disegerakan kerana saya takutkan sabitan hukuman terhadap saya? Ini adalah tidak benar sama sekali Kerana saya masih percaya bahawa sistem perundangan kita tidak memihak kepada sesiapa.

“Sesiapa yangn memomokkan bahawa saya takut atau gentar akan disabitkan kesalahan, saya yakin orang itulah yang takut dengan hamba Allah yang bernama Ahmad Zahid bin Hamidi dan dialah yang sebenarnya tidak yakin kepada diri mereka sendiri dan takut dengan bayang-bayang mereka.

“Hakikatnya, saya membawa suara ahli-ahli Umno yang setia. Bukan suara sumbang yang ingin menguburkan Umno,” tegas Zahid yang diselangi sorak bubar, bubar oleh hadirin.

Tambah Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi, desakan segerakan pilihan raya bukan kerana Umno gila kuasa, gila jawatan dan gila kedudukan seperti didakwa.

“Walaupun Perdana Menteri adalah Naib Presiden parti kita, perlu ditegaskan bahawa kerajaan ini bukanlah Kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kerajaan ini bukan sepenuhnya kerajaan Umno. Ia adalah kerajaan yang dianggotai pelbagai parti yang diistilahkan sebagai kerajaan hybrid yang sukar mencapai kestabilan.

“Hal ini kerana wujudnya ugutan, merajuk waima perjanjian yang langsung tiada dalam pengetahuan mahupun direstui parti, menjadi penghalang untuk kita melaksanakan pendirian dan ketetapan yang diputuskan oleh parti,” ujar Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat