Tindakan Lokman Adam Cemar Nama Baik Ketua Hakim Negara – NGO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Muhibah Amal Kebajikan & Aman Bersatu Malaysia (Maka Bersatu Malaysia) mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Datuk Lokman Noor Adam yang memfitnah Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Tegas Ketua Penerangannya, En Nur Iman Hashim, perbuatan Lokman Adam adalah tindakan yang melampau dan tidak boleh diterima.

“Tindakan Lokman Noor Adam yang mengeluarkan kenyataan yang mencemarkan nama baik Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat serta memfitnah suami Ketua Hakim Negara adalah satu tindakan yang melampau dan tidak boleh diterima.

“Sebagai seorang rakyat Malaysia, Lokman Noor Adam tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan yang mempunyai kecenderungan untuk menghasut orang awam bagi memperlekehkan integriti dan kemuliaan institusi kehakiman negara.” kata Nur Iman melalui kenyataan medianya.

Kata Nur Iman lagi, Lokman Noor Adam sepatutnya bercakap berdasarkan fakta yang sahih dan bukannya mengikut emosi secara membuta tuli. Selain itu, beliau juga harus
menghormati setiap proses perundangan negara dan membiarkan sistem kehakiman negara bergerak dengan bebas tanpa sebarang tekanan yang tidak munasabah.

Pihaknya telah pun membuat laporan polis berhubung kenyataan-kenyataan melampau Lokman Noor Adam yang boleh memecahbelahkan rakyat Malaysia dan mengganggu gugat ketenteraman awam.

“Sekiranya Lokman Noor Adam masih meneruskan tindakan tidak beradab ini, kami akan menggerakkan ahli-ahli kami untuk membuat laporan polis secara besar-besaran di
seluruh negara.

“Laporan polis ini juga dibuat bagi mempertahankan kesatuan orang Melayu, di mana kenyataan yang dibuat oleh Lokman Noor Adam ini hakikatnya boleh memecahbelahkan kesatuan orang Melayu.

“Selain itu, laporan polis ini turut dibuat demi menjunjung keluhuran dan kedaulatan undang-undang negara, serta mempertahankan institusi beraja di negara kita.’ ujar beliau.

Katanya lagi, perlu diingat, sekalipun negara mengangkat Prinsip Kebebasan Bersuara di dalam Perlembagaan Persekutuan, ia bukanlah kebebasan bersifat mutlak yang memberikan hak untuk Lokman Noor Adam boleh mengeluarkan sebarang kenyataan dengan sewenang-wenangnya.

Pihaknya juga memberi amaran kepada Lokman Adam, mereka akan menentang habis-habisan sebarang anasir jahat untuk mengadaikan maruah rakyat dan negara.

“Sebagai pencinta keamanan dan kestabilan negara, kami akan menentang sehabis-habisnya sebarang anasir jahat yang cuba untuk menggadaikan maruah
rakyat dan negara.

“Kepada LOKMAN NOOR ADAM, ini amaran daripada kami! Sila berrhati-hati dengan percakapan kamu! Atau bersedia untuk menerima tindakan undang-undang akibat percakapan kamu yang merosakkan keharmonian negara.” katanya.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat