Kerajaan tidak perlu beri alasan Rang Undang-Undang ditarik balik – Takiyuddin

UMNO Sabah Bersedia Melangkah Jauh Ke Hadapan, Kata Bung

Kota Kinabalu - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pihak yang masih bersandiwara dengan menyalahkan pemimpin tertentu dalam hal...

Ahli Parlimen Batu Sapi Koma, Dipercayai Radang Paru-Paru

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Parti Warisan Sabah (Warisan) Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong disahkan koma dipercayai akibat jangkitan radang paru-paru. Perkara itu disahkan...

Pan Borneo Fokus Pertama Bung Moktar

KOTA KINABALU - Memulakan hari pertama tugasan, Timbalan Ketua Menteri l yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin fokus kepada...

Lahad Datu : Polis Sabah Akan Rekod Keterangan Mohamaddin

KUALA LUMPUR- Polis Sabah akan merekod kenyataan bekas menteri, Datuk Mohamaddin Ketapi dalam masa terdekat berhubung dakwaan kononnya pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada...

SPRM Tahan Pengarah Urusan Berkaitan Kes Seleweng Tender RM22 Juta

ALOR SETAR - Seorang pengarah urusan syarikat pembersihan direman tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan tender pembersihan bernilai RM22...

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan bahawa kerajaan tidak perlu memberi sebarang sebab dan alasan mengenai penarikan balik Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) berkaitan perjawatan Perdana Menteri.

Takiyuddin berkata di bawah Peraturan Mesyuarat 62, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, jelas menyatakan ahli yang menjaga sesuatu rang undang-undang boleh berdiri di tempatnya dan minta menarik balik rang undang-undang itu.

“…atau hendak menangguhkan ke peringkat satu lagi rang undang-undang itu sama ada sebelum dimulakan urusan mesyuarat atau apabila sampai kepada rang undang-undang itu di dalam aturan urusan mesyuarat.

“Tidak ada dinyatakan bahawa apabila kerajaan ingin menarik balik satu-satu rang undang-undang perlu diberikan sebab kenapa ia perlu ditarik balik,” katanya menjawab usul yang dibangkitkan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mengenai perkara itu selepas sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Takiyuddin berkata bahawa keputusan cadangan pindaan Perlembagaan itu dibawa oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk bacaan kali pertama pada 3 Dis 2019.

“Cadangan pindaan kepada Perlembagaan itu telah dibawa oleh kerajaan Pakatan Harapan sehingga  bacaan kali pertama (3 Dis 2019) … oleh perdana menteri yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun dan 22 bulan,” katanya.

Namun, melalui pindaan yang dicadangkan itu, seseorang ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik sebagai perdana menteri bagi tempoh dua penggal, katanya.

Beliau menjelaskan demikian susulan usul yang dibawa Sim mengenai Peraturan Mesyuarat 14 yang mahu Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Mohd Rashid Hasnon, meminta menteri memberi penjelasan mengenai penarikan semula rang undang-undang berkenaan.

Semalam, Takiyuddin menarik balik rang undang-undang itu daripada dibentang untuk bacaan kali kedua dan ia dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 62, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, selepas sesi soal jawab persidangan.

Pindaan Perlembagaan Fasal 2 itu bertujuan menggantikan perenggan (a) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan untuk mengadakan peruntukan bagi kriteria tambahan berhubung kelayakan ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Melalui pindaan yang dicadangkan itu, seseorang ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik sebagai Perdana Menteri jika pernah memegang jawatan Perdana Menteri bagi tempoh dua penggal Parlimen.

– BERNAMA

 

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Ahli Parlimen Batu Sapi Koma, Dipercayai Radang Paru-Paru

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Parti Warisan Sabah (Warisan) Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong disahkan koma dipercayai akibat jangkitan radang paru-paru. Perkara itu disahkan...

Lahad Datu : Polis Sabah Akan Rekod Keterangan Mohamaddin

KUALA LUMPUR- Polis Sabah akan merekod kenyataan bekas menteri, Datuk Mohamaddin Ketapi dalam masa terdekat berhubung dakwaan kononnya pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada...

Tempoh Kelonggaran Perbaharui Lesen Memandu, Cukai Jalan, Diskaun Saman Tamat Hari Ini

PETALING JAYA – Kerajaan tidak akan memanjangkan tempoh untuk pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan serta tawaran diskaun untuk saman kesalahan lalu lintas. Keadaan itu...