Berbeza pendapat pun tidak, apatah lagi bergaduh, BN-PN bahagia – Zahid bidas Mat Sabu, Muhyiddin

SENDAYAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal wujudya bibit keretakan dalam persefahaman politik antara BN dan Perikatan Nasional (PN) seperti sindiran Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu dan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Zahid menegaskan persefahaman antara BN dan PN berjalan dengan sangat harmoni tanpa sebarang pergaduhan apatah lagi bercanggah pendapat.

“Saya nak menyentuh sedikit mengenai komen daripada Presiden Parti Amanah dan juga Presiden Parti Bersatu yang mengatakan persef ahaman antara BN dan PN tidak dapat direalisasikan kerana kononnya kami telah bergaduh.

“Kami ingin nyatakan bahawa tidak ada sebarang pergaduhan, perbezaan pendapat pun tidak. Tapi kami (BN-PN) bergerak seiring atas nama kesefahaman.

“Kenyataan yang dibuat oleh seorang Menteri Besar itu, kenyataan yang saya telah sanggah disebabkan tidak sesuai,” katanya pada sidang media selepas berucap pada Himpunan Usahawan Bumiptera Negeri Sembilan di Sendayan pada Isnin.

Jelas Presiden Umno itu, kenyataan beliau yang menyanggah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor bukanlah membawa kepada pergaduhan sebaliknya hanya menyatakan pandangan.

“Kenyataan disebutkan itu bukannya pergaduhan tetapi hanya pandangan kita.

“Sebab mungkin geopolitik di sebuah negeri itu berbeza dengan sebuah negeri yang lain, mungkin apa yang dikeluarkan itu sesuai untuk negerinya (Kedah) tapi tidak sesuai di Negeri Sembilan.

“Jadi ini bukan satu pergaduhan tetapi sesuatu yang pada hemat saya itu tidak seharusnya berlaku.

“Saya sebutkan tentang mungkin menyalahkan media yang kononnya salah tafsir, salah interpretasi. Kalau buat salah jangan salahkan media.

“Media melaporkan apa yang dinyatakan terutama yang ada depan saya ini semua cerita perkara yang benar, soal keluar tak keluar nanti news editor yang buat… saudara saudari tulis apa yang benar, tapi setakat ini baguslah laporan.

“Jadi jangan salahkan media dalam perkara ini. Oleh itu, saya harap tidak ada interpretasi yang sedemikian,” kata Timbalan Perdana Menteri itu lagi.

Terdahulu, Muhyiddin berkata beliau sudah menjangkakan ketegangan akan berlaku dalam persefahaman dijalin antara BN dengan PN.

Sambil mendakwa persefahaman terbabit dibuat atas dasar merebut kuasa, bekas Perdana Menteri itu menegaskan beliau berpengalaman menguruskan PN dan lebih memahami dinamika dalaman gabungan berkenaan.

“Saya sudah jangka, belum apa-apa lagi. Siapa (Datuk Seri) Hamzah Zainudin yang nak mengatakan ‘Perikatan Barisan Nasional’, itu pun dia dah kena ‘sembelih’, BN tak setuju.

“Saya tahu kerana saya pernah berada di situ, macam mana nak menguruskan soal PN. Hari itu dikatakan ini satu gabungan tapi ini bukan gabungan sebenarnya,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Sabu mentertawakan BN-PN yang didakwanya sudah mula bergaduh meskipun belum lagi hari mengundi.

“Hahaha… belum lagi hari mengundi, BN dan PN dah mula bergaduh.

“Baru BN-PN nak tunjuk persefahaman, dah nampak retaknya. Kalau sekarang pun dah berperang mulut, macam mana mereka nak urus negeri?

“Orang Nogori, pilihlah yang dah terbukti stabil.

“Kekal Harapan. Pilih Kestabilan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat