AS Bimbang Bilangan Kes Bunuh Diri Dikalangan Tentera Meningkat

- Advertisement -

WASHINGTON – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin menyuarakan kebimbangan mengenai lonjakan kes bunuh diri dalam kalangan tentera negara itu.

Isu ini mendapat perhatian ketika Austin melakukan lawatan ke pangkalan udara Eielson di Alaska.

Pada tahun lalu, seramai 385 anggota tentera meninggal dunia akibat bunuh diri yang mana enam kes dilaporkan di Alaska.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 326 kes kematian tentera akibat bunuh diri yang dilaporkan oleh Pentagon pada 2018.

“Saya amat bimbang dengan bilangan kes bunuh diri, bukan di sini sahaja tetapi melibatkan seluruh pasukan tentera.

“Kami sedang berusaha untuk menangani masalah ini, masih banyak lagi yang perlu dilakukan,” katanya.

Menurut sumber dari Pentagon, kehidupan yang tidak menentu dalam tentera merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi perkara tersebut.

Di Alaska, anggota tentera terpaksa menempuh cuaca yang buruk, isolasi sosial dan geografi dan sering mendapat latihan dan penempatan.

Anggota tentera seperti orang lain juga menghadapi kos sara hidup yang tinggi dan masalah kesihatan seperti gangguan tidur.

Sementara itu, Austin juga menasihatkan anggota tentera untuk mendapatkan bantuan pakar dalam menangani masalah tekanan mental.

Pada awal tahun ini, beberapa pegawai tentera dalam satu lawatan ke Fort Wainwright di Alaska, berjanji untuk menambahbaik kualiti kehidupan tentera.

Pegawai kanan itu termasuk bekas Setiausaha Tentera AS, Ryan McCarthy dan Sarjan Mejar Micheal Grinston berjanji untuk menambahbaik barak, kemudahan gim dan tempat makan serta melakukan pelaburan jangka panjang. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat