KKM Tidak Keluarkan Kad Vaksinasi

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan hari ini menafikan pihaknya telah mengeluarkan kad fizikal bercetak untuk individu yang lengkap suntikan vaksin.

“KKM ingin merujuk kepada berita mengenai kad vaksinasi atau vaccination badge yang telah disiarkan menerusi portal Yahoo News bertajuk “QR code on “Health Minister’s vaccine badge links to random man’s SoundCloud”.

“Laporan berita itu yang mendakwa bahawa kad vaksinasi tersebut dikeluarkan oleh KKM adalah tidak benar.

“Kad vaksinasi dan QR code yang digunakan dalam sidang media pada 17 Mac 2021 tersebut adalah hanya sampel rekabentuk kad vaksinasi untuk ditunjukan kepada wartawan dan jurugambar,” kata kenyataan itu.

Kenyataan KKM itu juga menjelaskan sehingga kini pihaknya tidak membuat sebarang perolehan kepada mana-mana pihak atau syarikat berhubung pengeluaran kad vaksinasi itu.

“Sehubungan itu, KKM menyarankan mana-mana pihak agar tidak berkongsi atau menyebarkan berita tersebut kerana boleh memberi gambaran salah, seolah-olah KKM telah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk mengeluarkan kad vaksinasi.

“Buat masa ini, sijil digital vaksinasi untuk mereka yang telah lengkap dua dos vaksin boleh diakses menerusi aplikasi MySejahtera,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat