Mat Sabu Tak Layak Dipanggil YB Kerana Bodoh, Kata ASWJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Dr Zamihan Mat Zin menyifatkan bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sebagai seorang yang jahil kerana menyamakan hijrah baginda Rasul dengan pelarian.

Beliau berkata, Ahli Parlimen sepatutnya membuat kajian terlebih dahulu sebelum menuturkan istilah atau sesuatu fakta berkaitan dengan ajaran Islam dan bukannya bercakap sebarangan sehingga memperbodohkan diri sendiri.

“Ini salah satu kesilapan fatal pemimpin yang jahil. Mereka gagal memahami istilah pelarian dan hijrah.

“Ini kerana tidak ada sebarang nas yg membuktikan Baginda melarikan diri dari Makkah,” katanya.

Zamihan berkata, hakikatnya Nabi Muhammad SAW bukan seorang pelarian tetapi Baginda seorang penghijrah yang berhijrah bagi mentaati perintah Allah SWT.

“Bahkan penduduk Madinah sendiri mengalu-alukan kedatangan Nabi SAW apabila mereka melihat cahaya agama yang suci.

“Bukti kenabian dan kebaikan yang dibawa Nabi SAW. Justeru, perbuatan menyamakan Nabi SAW dgn pelarian merupakan satu penghinaan kepada Nabi Muhammad,” katanya.

Terdahulu Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja, mengingatkan semua pihak supaya jangan melupakan sejarah ketika sentimen terhadap warga asing terutama pelarian sedang ‘panas’ ketika ini.

Beliau mendakwa Islam ditegakkan pelarian, di mana Nabi Muhammad menjadi pelarian dan berhijrah dari Makkah ke Madinah.

“Jangan kita lupa sejarah. Kita jangan lupa Islam itu ditegakkan para pelarian, khasnya Nabi Muhammad, yang jadi pelarian dan berhijrah dari Makkah ke Madinah,” katanya ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

“Saya menasihatkan agar Mat Sabu bertaubat, menarik balik perkataannya dan memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam.

“Jika tidak beliau tidak layak dipanggil Yang Berhormat. Yakni beliau tidak perlu dihormati atas kebodohan dirinya sendiri,” kata Zamihan lagi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat