Video: Nabi Muhammad Adalah Pelarian Kata Mat Sabu

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Bekas menteri pertahanan, Mohamad Sabu meminta rakyat dinegara ini agar berhati-hati dengan isu pelarian.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Ucapan Diraja di Dewan Rakyat sebentar tadi.

“Jangan kita lupa sejarah. Jangan kita lupa Islam itu ditegakkan oleh para pelarian, khasnya Nabi Muhammad yang menjadi pelarian atau berhijrah dari Mekah ke Madinah.

“(Ketika mereka Rohingya) datang ke sini, ada yang kata biar kita tenggelamkan mereka (di laut). Bayangkan itu berlaku kepada keluarga nabi,” kata ahli parlimen Kota Raja.

Mohamad juga menyebut Jaafar Abi Talib, memimpin sekumpulan umat Islam yang dianiaya keluar dari Makkah ke Ethiopia, untuk berlindung di kerajaan Kristian Aksum.

Sementara itu, Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) menggesa usul dibuat untuk menggesa Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) menarik balik kenyataannya bahawa Nabi Muhammad adalah pelarian.

Beliau berkata, kenyataan itu merupakan suatu kesimpulan yang mengelirukan dewan dan Islam itu sendiri.

“Sebut (Nabi) Muhammad sebagai pelarian sedikit bermasalah dari sudut tafsiran dan definisi.

“Ini kerana (Nabi) Muhammad bukan pelarian, tetapi berhijrah ke Madinah kerana dijemput oleh penduduk Madinah dan dilantik menjadi pemimpin Madinah,” katanya.

Bagaimanapun timbalan speaker, Mohd Rashid Hasnon berkata, Mohamad tidak berada di dalam Dewan Rakyat dan meminta Fadhli menulis surat bagi mengemukakan usul itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat