‘Sit Down’ Atau Saya Arahkan Bentara Bawa Anda Keluar, Kata Azalina Kepada Rayer

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' bagi mengatasi ketidakstabilan politik dan mengelak lebih banyak konflik dalam sidang...

UMNO – Bersatu tidak mungkin bersama, akan sentiasa berkelahi

Kuala Lumpur - Penulis blog, Shahbudin Husin menyifatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai membuli UMNO. Menurutnya Muhyiddin kini sedang...

Apa Kesan Darurat Politik Kepada Negara?

CYBERJAYA - Secara asasnya Darurat Pentadbiran atau juga dikenali sebagai darurat politik bukanlah membabitkan pemerintahan tentera seperti mana yang difahami ramai apabila disebut darurat. Tujuan...

Taman Negara Beroperasi Semula Hari Ini

KUANTAN, 23 Okt -- Taman Negara Kuala Tahan yang terletak kira-kira 200 kilometer dari sini, dibenarkan untuk kembali beroperasi hari ini, selepas ditutup kepada...

Gencatan Politik Zahid Buat Pakatan Tersepit?

SETELAH Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan UMNO mengadakan gencatan politik bagi membolehkan kerajaan menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha menangani wabak Covid-19 di negara...

Arahan berulang kali ‘Yang Berhormat (YB) ‘sit down’ (duduk) daripada Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said, menghangatkan sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Arahan dikeluarkan Azalina, apabila RSN Rayer (PH-Jelutong) yang tidak diberi laluan oleh Datuk Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) yang ketika itu membahaskan usul berkenaan, terus berdiri untuk mencelah perbahasan dan menggunakan peraturan mesyuarat, untuk mendapatkan laluan.

Rayer bangun apabila Mohd Salim mendakwa Pakatan Harapan mengkhianati kepercayaan yang diberikan rakyat, seperti menjual aset-aset negara, dan beliau meminta Mohd Salim menjelaskan mengenai dakwaan itu.

Kekecohan reda seketika namun Rayer bangun semula, selepas Azalina mengarahkan Mohd Salim untuk menyambung perbahasan, dengan memberi kebebasan kepada Mohd Salim sama ada ingin menjawabnya atau tidak.

Mohd Salim meneruskan ucapannya tanpa menjawab dan Rayer kembali mencelah: “Kalau tak berani jawab jangan buat tuduhan”.

Tindakan Rayer itu sekali lagi menguji kesabaran Azalina, sehingga beliau memberi amaran untuk memanggil bentara Parlimen untuk mengiringi Rayer keluar dewan.

“YB, sama ada anda duduk, atau saya akan arahkan bentara untuk minta anda keluar,” katanya tetapi tidak diendahkan Rayer menyebabkan berlaku pertikaman lidah dengan Azalina.

Situasi itu berlarutan kira-kira lima minit sehingga memaksa Azalina melakukan ‘kiraan’ agar Rayer mematuhi arahan untuk duduk dan berhenti mencelah.

“YB, Saya akan mulakan kiraan …5,4,3,2,1, duduk. Duduk dan jangan mempersoalkan saya… kenapa tidak boleh duduk sahaja.. boleh tak duduk,” tegas Azalina.

Rayer terus enggan duduk, malah berulang kali mahukan penjelasan mengapa Azalina seakan memarahi beliau.

“Memanglaa saya marah, kerana saya seorang manusia. Duduk, berikan Jempol bercakap, kerana masa semakin singkat. Saya tidak akan berhentikan masa. Tak pe YB, duduklah,” kata Azalina.

Rayer akhirnya patuh dan duduk.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Bubar Parlimen Disember 2020

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan pembubaran Parlimen pada Disember 2020 sekiranya Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini gagal mendapat...

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

ANALISIS: Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau...

Berita Berkaitan

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' bagi mengatasi ketidakstabilan politik dan mengelak lebih banyak konflik dalam sidang...

UMNO – Bersatu tidak mungkin bersama, akan sentiasa berkelahi

Kuala Lumpur - Penulis blog, Shahbudin Husin menyifatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai membuli UMNO. Menurutnya Muhyiddin kini sedang...

UMNO Wilayah Seru Semua Parti Politik Berganding Bahu

KUALA LUMPUR: Semua parti politik diseru untuk berganding bahu dalam menyelesaikan isu-isu rakyat dan meringankan beban rakyat pada waktu pandemik Covid-19 ini. Pengerusi Perhubungan UMNO...