Hukuman Pemandu Mabuk Dinaikkan, Denda Hingga RM100,000, Penjara 10-20 Tahun

Ketua Menteri Sabah Daripada BN?

KOTA KINABALU- Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meninggalkan meja rundingan sebelum selesai perbincangan siapa Ketua Menteri Sabah. Hajiji berkata, perbincangan telah selesai dan...

GRS Kuasai Sembilan Dari 13 Kerusi Baru DUN Sabah

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menguasai sebahagian besar daripada 13 kerusi...

#PRNSabah : Semua 41 ADUN GRS Akan Mengadap TYT Hari Ini

Kota Kinabalu - Semua ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedang mengadakan perbincangan bagi menentukan calon Ketua Menteri yang...

Kempen Warisan Tolak ‘Katak’ Makan Diri Sendiri – Najib

KUALA LUMPUR- Kempen tolak ‘katak’, lindungi Sabah telah memakan diri, sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Bekas Presiden Barisan Nasional (BN) itu merujuk...

#PRNSabah : Hajiji Diangkat Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU- Teka-teki calon Ketua Menteri Sabah kini terungkai apabila Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepakat menamakan Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor. Hajiji dijangka akan...

KUALA LUMPUR — Hukuman penjara bagi mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian dinaikkan kepada tempoh tidak kurang 10 tahun dan maksimum 15 tahun, serta denda minimum RM50,000 sehingga RM100,000.

Bagi sabitan kali kedua atau seterusnya, hukuman penjara diperuntukkan selama tempoh tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang RM100,000 dan maksimum RM150,000.

Perkara itu terkandung dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Bacaan kali pertama Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 itu dibuat Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang turut memaklumkan bacaan kali kedua rang undang-undang itu akan dibuat pada persidangan dewan kali ini.

Menurut rang undang-undang itu, bagi pemandu yang menyebabkan kecederaan pula, mereka berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM50,000, jika sabit kesalahan.

Rang undang-undang berkenaan juga menyebut, pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang menyebabkan kematian akan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada 10 tahun dari tarikh sabitan dan tidak kurang tujuh tahun bagi pemandu yang menyebabkan kecederaan.

Pindaan itu juga turut melibatkan had alkohol yang ditetapkan iaitu 22 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter (ml) nafas; 50 miligram (mg) alkohol dalam 100 ml darah atau 67 mg alkohol dalam 100 ml air kencing.

Selain itu, rang undang-undang berkenaan juga mengadakan peruntukan bagi takrif ‘kenderaan mikromobiliti’ iaitu mana-mana kenderaan yang dipacu oleh sumber elektrik.

Rang undang-undang yang antaranya bertujuan meminda Seksyen 41, 42, 43, 44 dan 45 akta itu tidak melibatkan perbelanjaan wang tambahan pihak kerajaan.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

GRS Kuasai Sembilan Dari 13 Kerusi Baru DUN Sabah

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menguasai sebahagian besar daripada 13 kerusi...

Kempen Warisan Tolak ‘Katak’ Makan Diri Sendiri – Najib

KUALA LUMPUR- Kempen tolak ‘katak’, lindungi Sabah telah memakan diri, sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Bekas Presiden Barisan Nasional (BN) itu merujuk...

#PRNSabah : Hajiji Diangkat Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU- Teka-teki calon Ketua Menteri Sabah kini terungkai apabila Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepakat menamakan Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor. Hajiji dijangka akan...