NGO cadang tukar modul orientasi sekolah dan universiti elak kes buli berterusan jadi budaya

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadang membuat perubahan dalam modul minggu orientasi di sekolah dan institut pengajian tinggi dengan menghentikan modul yang bersifat ‘ragging’ atau buli dengan menggantikannya dengan modul berhemah yang berteraskan pendidikan.

Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Datuk Dr Mustapha Ahmad Merican para pelajar yang masuk sekolah berasrama dan universiti adalah dengan harapan untuk belajar dan berjaya dalam pelajaran.

Ada universiti dan sekolah di negara lain, tidak ada langsung modul membuli atau ragging sebaliknya hanya fokus pada taklimat berkaitan prosedur dan cara pembelajaran sepanjang orientasi untuk memudahkan pengurusan pelajar baharu,” katanya.

“Kita di universiti atau sekolah berasrama, jadual minggu orientasi padat dengan program yang mirip ragging atau buli, banyak lagi cara dan modul boleh digunakan untuk memastikan disiplin pelajar terkawal,” katanya kepada Suara TV hari ini.

Beliau berkata drama bersiri Korea Selatan yang bertajuk ‘Teach You A Lesson’ tentang isu buli yang ditayangkan di platform Netflix yang pernah mendapat perhatian Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek terus menjadi viral sehingga ia menjadi inspirasi penyelesaian masalah itu di negara ini.

Datuk Dr Mustapha berkata drama itu boleh menjadi contoh bagaimana sebuah agensi yang dilantik oleh kerajaan boleh menyelesaikan masalah buli dengan pendekatan berbeza.

Menurut beliau, kes buli boleh dikatakan kes yang tidak dilihat secara jelas kerana berlaku dalam kawasan bilik asrama, sekolah, atau institut pengajian tinggi memerlukan masa yang lama untuk diselesaikan sepenuhnya.

“Kes yang menyedihkan apabila ia melibatkan kecederaan serius dan juga ada yang menyebabkan kematian,” katanya.

Pada 23 Jun lepas, laporan Suara TV memetik Ketua Aktivis Persatuan Penggna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan yang bertindak mewujudkan Anti Bully Center yang memberi bantuan menyelesaikan masalah buli dengan satu panggilan telefon sahaja.

Datuk Dr Mustapha Ahmad kerajaan juga dicadang untuk menubuhkan satu agensi khas anti buli dan juga satu talian telefon hotline untuk kes-kes seperti ini.

“Untuk mendapatkan maklumat kejadian buli atau kes yang berlaku, kerajaan boleh bekerjasama dengan pihak badan bukan kerajaan NGO untuk mendapatkan maklumat tentang apa yang sedang berlaku di peringkat rakyat,” katanya.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat