BKM: Pembayaran Akan Diagihkan Secara Berperingkat Bermula Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada 8.6 juta penerima akan mula diagihkan secara berperingkat bermula hari ini.

Memetik Astro Awani, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran ini melibatkan implikasi kewangan keseluruhan bernilai RM8.0 bilion.

Katanya lagi, untuk setiap isi rumah bakal menerima RM2,600 pada tahun ini.

Sebanyak RM630 juta ditambah melalui BKM Fasa 2 seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

“BKM Fasa 2 dengan peruntukan sebanyak RM1.74 bilion akan memanfaatkan 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.
“Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun 2022 (Isnin).

“Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 27 Jun 2022 juga melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my,” ujarnya menerusi kenyataan beliau pada Isnin.

Mengulas lanjut, Zafrul berkata, BKM merupakan bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Sebagai perbandingan, katanya kadar maksimum BKM adalah RM2,600 berbanding BR1M (RM1,200) dan BSH (RM1,480).

“Ini adalah peningkatan bantuan sebanyak 120 peratus sejak inisiatif bantuan tunai langsung mula diperkenalkan.

“Di samping itu, jumlah penerima BKM adalah 8.6 juta berbanding BSH dengan 4.5 juta penerima sahaja.

“Peningkatan ini adalah kerana had kelayakan untuk menerima BKM telah dinaikkan daripada berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan untuk BSH kepada RM5,000 ke bawah sebulan untuk BKM,” katanya.

Justeru katanya, lebih ramai Keluarga Malaysia layak untuk menerima bantuan, termasuklah sebahagian M40 dan bukan terhad kepada golongan B40 sahaja seperti untuk inisiatif bantuan tunai langsung sebelum ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat