Martabatkan bahasa Melayu – Dr. Zaini Ujang

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) , Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang mengingatkan akan peri pentingnya penguasaan bahasa Melayu yang baik.

Semua pihak merangkumi segenap lapisan rakyat diseru untuk bersama-sama KPT, ahli akademik dan pencinta bahasa berganding bahu memperjuangkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Pelaporan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu (PTMBM) 2023 – 2030 sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di sini pada Khamis lalu.

Dr. Zaini berkata, rakyat Malaysia selalu dipandang tinggi oleh negara luar dan di pentas antarabangsa kerana kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa dek kemajmukan kaum dan tahap pendidikan rakyatnya.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegaskan bahawa tiada kompromi mengenai soal penggunaan bahasa kebangsaan , terutamanya dalam pendidikan tinggi kerana kedudukannya sudah dipateri dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32).

Jelasnya, orang yang lebih berbahasa akalnya sentiasa berfikir lebih daripada kebiasaan, dia akan berfikiran empat bahasa apabila dia cuba meluahkan sesuatu.

Maka akalnya lebih banyak digunakan berbanding orang yang menggunakan satu bahasa sahaja.

“Disarankan agar penguasaan bahasa yang baik dengan kosa kata yang pelbagai waima apa jua bahasa pertuturan, perlu lebih kerap diamalkan dalam kehidupan sehari-hari,” ujarnya.

Sementara itu, KPT menjelaskan bengkel yang berlangsung selama dua hari itu, dikelolakan oleh Unit Pemerkasaan Bahasa Melayu, Bahagian Perancangan Strategik, KPT susulan kepada pelancaran pelan tersebut pada tahun lalu.

Menurutnya, objektif bengkel ini memberi kefahaman berkenaan pelaksanaan dan pelaporan PTMBM kepada pegawai fokal yang dilantik dari 20 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), 7 buah Politeknik dan 8 buah Kolej Komuniti yang terpilih.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato’ Dr. Hj. Megat Sany Megat Ahmad Supian. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat