Kelestarian sungai: UPNM, PSSM, SAH & MPKK KDABB gotong-royong bersih Sungai Air Hitam

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

KAJANG – Sungai khazanah alam yang tidak ternilai harganya dan nadi kehidupan manusia bukan untuk dicemari perlu dipulihara, tanpa airnya yang bersih kita tidak dapat hidup secara normal.

Sungai sudah terlalu kritikal kecederaannya tercemar berpunca daripada aktiviti industri, kumbahan, penternakan serta sikap membuang sampah-sarap membawa implikasi terhadap ekosistem di dalamnya.

Menyedari kepentingan kelestarian sungai, Persatuan Sahabat Sungai Malaysia (PSSM), Sahabat Sungai Air Hitam (SAH) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Dato Abu Bakar Baginda (KDABB) mengambil inisiatif menjalankan program pembersihan Sungai Air Hitam dan Tasik Baginda pada Sabtu.

Selain itu, seramai 40 mahasiswa dari Fakulti Kejuruteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) turut sama membersihkan sungai itu yang dicemari pelbagai sampah sarap di sepanjang lembangannya.

Setiausaha SAH , TPr Hj. Abdul Hamid Akub berkata program ini bermula dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Presiden PSSM, Dato’ Prof. Ir. Ts Dr. Hj. Osman Karim kepada peserta program berkenaan kepentingan sungai kepada generasi akan datang.

Menurut Abdul Hamid, tali air di sini sering kali dicemari dengan sampah sarap yang dibuang oleh mereka yang tidak bertanggunjawab malah tidak mempunyai kesedaran sivik langsung, semakin terhakis.

Menurutnya, SAH dan MPKK KDABB sentiasa mengadakan program seperti ini dari masa ke semasa bersama-sama dengan institusi pengajian tinggi, agensi-agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk membersihkan Sungai Air Hitam.

“Program seumpama ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai dan penduduk setempat agar tidak membuang sampah sesuka hati.

“Sungai ini merupakan sumber air mentah dan punca air minuman kerana di hilir sungai ini terletaknya Loji Rawatan Air (LRA), jika tercemar kita tidak mampu untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh MPKK KDABB antaranya pembuangan sampah masih berlaku di merata-rata dan sistem kutipan sampah yang tidak sistematik.

“Selain itu, aliran kumbahan dan air buangan dapur masih terus ke sungai dan kesedaran masyarakat masih lagi ditahap rendah,” katanya kepada Wartawan Suara TV.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuang sampah merata-rata ke dalam sungai kerana sebahagianya akan kembali kepada kita kerana sungai merupakan sumber air minuman bersama.

“Perbuatan mencemarkan sungai sering diambil ringan dan langkah menjaganya sering dipandang remeh, oleh itu denda maksimum dan hukuman setimpal hendaklah dikenakan terhadap penjenayah alam sekitar ini,” katanya lagi.

Selain itu, beliau berharap agar pihak kerajaan dapat memberikan peruntukan bagi memelihara dan memulihara supaya sungai di kawasan ini sentiasa bersih demi kelestariannya. – Suara.TV

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat