1,100 calon SPM MRSM dapat semua A, meningkat berbanding sebelumnya

- Advertisement -

CYBERJAYA – Seramai 7,981 calon daripada 55 buah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh Malaysia telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Dalam keputusan SPM 2023 hari ini menyaksikan MRSM mencatatkan indeks Gred Purata Maktab (GPM) 2.400 dengan 100% calon layak menerima sijil peperiksaan tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bahagian Komunikasi Korporat MARA mengmumkan lapan (8) buah MRSM terbaik iaitu MRSM Tun Ghafar Baba, MRSM Taiping, MRSM Kepala Batas, MRSM Johor Bahru, MRSM Pasir Tumboh, MRSM Kuala Kubu Bharu, MRSM Alor Gajah dan MRSM Pengkalan Chepa dengan GPM kurang daripada 2.0.

“Sebanyak 31 buah MRSM berjaya mencapai sasaran Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) dengan memperoleh GPM kurang daripada 2.50.

“Tiga (3) buah MRSM berjaya mencapai sasaran GPM yang ditetapkan mengikut program iaitu MRSM Tun Ghafar Baba yang mencapai sasaran program Bitara kurang daripada 1.50, MRSM Kepala Batas bagi program Ulul Albab mencapai GPM kurang daripada 1.80 dan MRSM Pasir Tumboh bagi program Premier kurang daripada 2.00.

“Pencapaian SPM 2023 menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan bilangan calon yang memperoleh semua A+ adalah seramai 44 orang berbanding dengan tahun 2022 seramai 34 orang. Bilangan calon yang memperoleh semua A (A+, A dan A-) adalah seramai 1100 orang pada tahun 2023 berbanding dengan tahun 2022 hanya 1006 orang sahaja.

“Terdapat peningkatan Gred Purata Subjek (GPS) bagi subjek teras Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik,” kata kenyataan itu.

Bagi subjek Bahasa Inggeris sebanyak 53 buah MRSM berjaya mencapai KPI BPM dengan lebih daripada 81% pelajar memperoleh Gred Kepujian Tertinggi (Gred B+ dan ke atas).

Manakala MRSM Kepala Batas, MRSM Gemencheh dan MRSM Pasir Salak mencatatkan keputusan 100% A (A+, A dan A-) bagi subjek Matematik manakala 9 buah MRSM mencatatkan keputusan 100% A (A+, A dan A-) bagi subjek Pendidikan Moral.

“Selain itu, subjek elektif seperti Prinsip Perakaunan juga menunjukkan peningkatan GPS. MRSM Kota Putra mencatatkan keputusan 100% A bagi subjek Bahasa Arab.

“Di samping itu, pencapaian subjek STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) juga menunjukkan peningkatan GPS bagi subjek Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dan Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

“Berbekalkan kekuatan mental, fizikal, emosi dan semangat juang yang tinggi serta sokongan daripada pelbagai pihak, calon peperiksaan SPM 2023 telah menduduki peperiksaan dengan jayanya.

“Komitmen pengurusan MARA dan MRSM serta semua warga guru memainkan peranan besar dalam kejayaan SPM 2023. Sinergi semua pihak dalam memastikan segala program yang disusun berjalan lancar adalah penyumbang utama kepada kejayaan cemerlang. Semoga kejayaan SPM 2023 ini memberikan inspirasi kepada calon SPM 2024,” kata kenyataan itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat