Malaysia- Thailand saling memerlukan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu dan bertukar pandangan dengan rakan sejawatannya dari Thailand, Prayut Chan-o-cha, di Persidangan ke-27 Nikkei Future of Asia di Tokyo, semalam.

Ismail Sabri berkata, hubungan antara Malaysia dan Thailand sangat akrab.

“Perdagangan sempadan kedua-dua negara menyumbang AS$10.5 bilion (RM42.8 bilion).

“Kita saling perlu memerlukan dan semoga lebih banyak peluang kerjasama dapat diterokai untuk manfaat kedua-dua negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, pada Jumaat.

Perdana Menteri hadir di Persidangan ke-27 Nikkei Future of Asia yang dianjurkan Nikkei Inc setiap tahun sejak 1995.

Persidangan ini menghimpunkan pemimpin kerajaan dan tokoh-tokoh perniagaan bagi berkongsi visi untuk masa depan Asia.

Kehadiran Ismail Sabri adalah penampilan sulungnya dalam persidangan yang dianjurkan setiap tahun oleh gergasi perniagaan Jepun itu.

Beliau tiba di negara berkenaan pada 23 Mei bagi memulakan lawatan rasmi pertamanya ke Jepun.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat