Hawana 2022, nilai kewartawanan bahasa Melayu harus diperkukuhkan- Murad Merican

- Advertisement -

Editor Suara.tv, Jannah Jalidar, menyusuri peranan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 bersama Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam UIAM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican.

Hawana 2022

Hari Wartawan Nasional 2022 menjadi satu titik tolak untuk melihat semula amalan dan ilmu kewartawanan. Saya melihat ilmu kewartawanan ini sebagai satu komponen yang selari dengan amalan kewartawanan.

Jadi fraternity kewartawanan di Malaysia, masyarakat kewartawanan dan media di Malaysia dan juga mereka yang mengkaji kewartawanan di Malaysia harus mengkaji semula corpus dan bagaimana kewartawan diamalkan di Malaysia sejak dari 1800.

Kewartawanan telah wujud di Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu, lebih 200 tahun lalu iaitu sejak 1800. Walaupun dahulu, sebelum perang dunia kedua, ada cabaran-cabarannya, ada arus aliran perdebatan mengenai peranan kewartawanan dan liputan kewartawanan, namun dalam masa 65 tahun kebelakangan dan seterusnya, setelah kemunculan internet di Malaysia dalam tahun 1996, kemudian disusuli dengan kemunculan blog dan media dalam talian, serta apa yang dikatakan sebagai Citizen Journalism, maka tanggapan kewartawanan perlu dilihat kembali dan dididik semula.

Maksudnya di sini, masyarakat kewartawanan perlu mendidik dirinya semula mengenai kewartawanan, masyarakat umum juga perlu mengetahui semula apa itu kewartawanan dan perlu menyemak kurikulum, menyemak sudut perspektif bagaimana kewartawanan itu boleh dikaji.

Kewartawanan itu bukan hanya dalam konteks teknologi tetapi juga dalam konteks perkembangan dan cabaran-cabaran teknologi baharu, tetapi juga dalam konteks negara bangsa dan juga dalam konteks kewartawanan melayu.

Asas kewartawanan di Malaysia adalah kewartawanan Melayu kerana apabila kita melihat penulisan terawal yang boleh dikaitkan dengan kewartawanan ia dalam bahasa melayu.

Hari ini terdapat satu kebimbangan yang mana kita tidak mempedulikan perkembangan kewartawanan media dan surat khabar Melayu.

Jadi, Hawana pada kali ini sepatutnya melihat kembali isu-isu tersebut serta membincangkan dan menyusun atur profesion kewartawanan, melihat kewartawanan sebagai satu profesion yang boleh dipercayai, mempunyai integriti tinggi dan memberi liputan yang boleh dikatakan berkualiti.

Berkualiti ini dari dua sudut sebenarnya, satu apabila kita melihat kewartawanan, satu berita. Satu lagi pendapat. Ramai orang lupa bahawa pendapat, komentar, lidah pengarang, rencana pengarang, rencana, ulasan, kritikan, itu juga merupakan komponen penting dalam amalan dan domain kewartawanan.

Ini kita dapat lihat hari-hari, apabila dimasukkan dalam media sosial, hujah-hujah mengenai isu yang berlaku dalam dan luar negara. Bagaimana surat khabar, profesion kewartawanan memaparkan isu-isu tersebut. Bukan hanya berita, tetapi hujah dan komentar pendapat itu.

Reformasi kewartawanan Melayu

Ada dua dimensi mengenai perkara ini. Satu adalah pengajian dan kajian khusus kewartawanan Melayu oleh sekolah-sekolah kewartawanan di Malaysia. Jika kita lihat kurikulum dan tujahan sekolah-sekolah kewartawanan di Malaysia sejak 50 tahun lalu, yakni sekolah kewartanan yang pertama bermula pada 1971, kita dapat lihat bahawa kurikulum itu telah menjauhkan pendekatan terhadap kewartawanan dalam konteks budaya, etnik dan indentiti Melayu.

Di sekolah-sekolah kewartanan di Malaysia, dalam universiti awam dan swasta tidak diajar sejarah kewartawanan Malaysia. Tidak ada subjek mengenai sejarah kewartawanan, kalau diajar pun dalam subjek-subjek lain. Sejarah kewartanan Malaysia berdasarkan kemunculan dan perkembangan penulisan berita dan pendapat serta hujah dalam Bahasa Melayu dan kemunculan surat khabar melayu pada tahun 1876.
Tapi kalau kita sebut Abdullah Munsyi dan beberapa penulis itu lebih awal, jadi ini tidak diajar. Penulis-penulis awal dan penulisan-penulisan awal untuk esei, dan jugak misalnya liputan berita singapura misalnya, atau masalah-masalah yang berlaku di Singapura pada 1820an 1830 an, tidak diajar. Itu relevan kepada kewartawanan.

Walaupun Abdullah Munsyi dan dua tiga penulis lagi menulis dalam bentuk syair, tetapi syair itu mencerminkan berita yang berlaku pada ketika itu. Jadi maksud saya di sini, satu ialah sekolah-sekolah kewartawanan mesti mengajar sejarah kewartawanan dan mesti mengajar dan mengkaji kewartawanan dalam konteks masyarkat melayu, budaya melayu, bukan hanya di Malaysia, tetapi juga di kepulauan Melayu terutama sekali di wilayah-wilayah Melayu di sumatera dan kewartawanan dalam Bahasa Melayu.

Kalau kita lihat di Malaysia, masyarakat Cina amat prihatin terhadap industri media Cina, terhadap kewartawanan Cina. Dua contoh, satu ialah dengan penubuhan sebuah universiti komunikasi di Pulau Pinang.

Itu dibiayai dan diuruskan oleh masyarakat Cina dan mereka mengajar kewartawanan termasuk kewartawanan Cina dan media Cina di Malaysia dan di tempat-tempat lain. Jadi tumpuan dan kesedaran itu ada. Satu lagi sebuah univerisit di Perak, UTAR, mempunyai kursus kewartawanan dan menumpukan kepada gabungan media cina dan kajian Cina. Jadi di sini mereka prihatin terhadap segmen surat khabar dan media berbahasa Cina di Malaysia walaupun penduduk Cina hanya lebih kurang 25 peratus, mereka prihatin terhadap masa depan dan peranan surat khabar Cina di Malaysia.

Surat khabar Cina amat aktif sekali, satu hari ada dua edisi. Kalau kita lihat pagi dan petang. Dan banyak surat khabar Cina, Nanyang Siang Pao dan Sin Chew, China Press, mempunyai peredaran lebih tinggi walaupun sekarang ini cabaran media dalam talian, tetapi pengedarannya dan pembacaan surat khabar itu lebih tinggi daripada pembacaan surat khabar Melayu di Malaysia yang saya nak sebutkan ada tiga, Utusan, Berita Harian dan Sinar Harian. Ia mencerminkan satu masalah besar dan kita perlu peduli dan memajukan.

Satu lagi adalah bagi pihak industri. Bagi pihak profesion sendiri, walaupun kita tahu bahawa radio dan televisyen arus perdana itu disiarkan dalam bahasa Melayu. Namun saya berpendapat bahawa bahasa kebangsaan perlu dipupuk dan disebarkan dengan luas, peranan media dalam bahasa Melayu, ia termasuk jugak dalam hal-hal seperti pemasaran, pengiklanan, penulisan copy ini mesti dalam bahasa Melayu.

Saya ada tanya beberapa orang yang kita lihat adalah copy writing dalam bahasa inggeris tetapi dalam bahasa Melayu tidak maju. Jadi apabila tidak maju dan tidak meningkat, bagaimana kita nak hendak memasarkan dan mengiklankan, dan menyokong industri media melayu.

Jadi di sini, pengamal media dan seluruh masyarakat mesti prihatin, jika kita tidak prihatin tentang perkembangan media Melayu, media dalam bahasa Melayu dan media yang dimiliki oleh orang Melayu, maka lama-kelamaan surat khabar dan sejarah organasi media yang dimiliki oleh Melayu akan diambil alih oleh orang lain.

Hal ini pernah berlaku dalam sejarah lebih kurang 120 tahun lalu, ada usaha untuk daripada kaum Cina Baba Peranakan untuk ambil alih surat khabar Jawi Peranakan pada tahun 1895-1896. Jadi apa akan terjadi jika surat khabar melayu yang mencerminkan dan mewakili kewartanan Melayu, misalnya, pupus ataupun diambil alih oleh pihak-pihak yang berkepentingan bukan Melayu.

Saya tekankan kepada surat khabar Melayu sebab surat khabar yang ada ketika ini bukanlah dibiayai oleh kerajaan, walaupun saham-saham daripada pihak tertentu. Saya tekankan surat khabar-surat khabar juga sebab ia saluran penting dari segi menyalurkan pendapat, berita hujah dan memberi keyakinan kepada pembaca tentang apa yang sedang dan akan berlaku.

Asas kepada kewartawan Malaysia adalah surat khabar Melayu. Kita jangan membuang surat khabar fizikal itu walaupun ada yang kata tidak baca surat khabar, ini satu pendapat yang kurang tepat. Masyarakat masih membaca surat khabar dan surat khabar tidak semestinya dalam bentuk kertas. Ia boleh ada dalam talian. Namun begitu, yang penting adalah elemen dan identiti kewartawanan itu.

Sokongan Melayu kurang terhadap media Melayu

Ini melibatkan kefahaman dan kesedaran orang melayu terhadap peranan media dan surat khabar. Surat khabar Cina dibaca oleh semua masyarakat Cina tidak kira kepercayaan parti politik. Sama ada mereka percaya kepada satu parti politik atau tidak, mereka akan membaca dan menyokong surat khabar Cina. Jadi pembacaan mereka tinggi.

Nmaun orang Melayu, bila mereka sokong satu kepercayaan politik, dia tidak akan membaca surat khabar yang tidak menyokong ideologi politik yang dia sokong itu. Jadi terdapat perpecahan daripada segi pembacaan. Ini sesuatu yang sedang berlaku.

Dan juga dalam sejarah kewartawanan di Malaysia, terdapat beberapa contoh di mana ideologi politik telah membunuh surat khabar Melayu itu. Sejak tahun 1961, sebelum itu, surat khabar itu muncul pada tahun 1938 (syarikat), 1939 (surat khabar diterbitkan), ia adalah surat khabar bebas, radikal, tidak bertaut kepada mana-mana ideologi politik, tetapi selepas diambil alih oleh satu parti politik, dan seterusnya selama hampir lebih 40 tahun, ia mati oleh sebab cengkaman parti politik itu.

Jadi dalam kalangan orang Melayu, kita mesti sedar bahawa kita jangan sombong, jangan angkuh, oleh kerana surat khabar itu tidak menyokong kepercayaan kita, maka kita tidak baca.

Saya tahu ramai orang melayu termasuk cendekiawan Melayu, sarjana Melayu, tidak baca surat khabar kerana mereka katakan surat khabar ini satu institusi picisan, kewartanan tidak boleh dipercayai, wartawan mengampu, wartawan menyokong parti politik itu dan ini, ini jugak sikap pembaca terhadap surat khabar dan kewartanan melayu.

Ramai orang Melayu mengatakan bahawa kewartawan melayu ini tidak berguna dan tidak berfungsi lagi. Ini satu tanggapan yang salah, Dari segi pengamal kewartawanan melayu, mereka mesti belajar daripada kewartanan Cina, mereka mesti belajar bagaimana kewartawanan cina diluluskan dan bagaimana editorial dianjurkan.

Kita mesti angkat kewartawanan melayu sebagai kewartawanan kebangsaan. bukan kewartawanan lain. bukan hanya unutuk orang Melayu tetapi untuk negara. Ini mesti diuar-uarkan oleh media berbahasa Melayu sendiri. Mereka mesti pandai mengurus cabaran online, bukan hanya mengadakan e-paper atau link, tetapi bagaimana kita salurkan kandungan itu kepada sasasaran kita. Di mana orang yang baca bahasa Melayu dengan penulisan berkualiti dalam konteks seharian.

Berbanding dengan surat khabar berbahasa Cina dan Inggeris yang buat demikian, ini boleh diperbaiki. Kita juga mesti melihat domain, penulisan esei dan prosa dalam majalah masyarakat yang wujud di Amerika Syarikat dan negara Eropah barat. Majalah pendapat itu berfungsi dalam konteks kewartawanan.

Usahawan-usahawan Melayu mesti prihatin dalam mendanai kewartawan, ini berlaku dalam masyarkat Cina tetapi tak berlaku dalam masyarakat Melayu. Ada yang mempunyai keupayaan dana tetapi tidak menyokong media Melayu.

Di indonesia, kewartawanan mereka berkembang, tetapi kita tidak. Masalah warganegara Malaysia sendiri yang sukar menerima bahasa Melayu itu sendiri, tetapi di indoneia berbeza. Kalau kita lihat di Padang, Medan Indoneia ada satu percambahan dan persaingan sihat dari segi perbezaan pendapat, ini yang perlu dilakukan di Malaysia.

Bukan semua orang Melayu baca surat khabar Melayu, mereka meremehkan kewartawanan Melayu. Di Indonesia tiada masalah ini, mereka tidak meremehkan bahasa Indonesia. Ini kita perlu atasi jika mahu mengekalkan warisan dan budaya kewartanan melayu.

Wartawan dan kerajaan

Terdapat satu budaya dalam orang melayu yang taksub dengan ideologi politik, pada mereka, parti yang mereka sokong itu adalah parti dunia dan akhirat. Ini sebenarnya menghancurkan sifat dan logik akal budi orang Melayu. Sedangkan kita tahu apabila terdapat banyak parti politik, ada benda yang kita perlu bersatu, khususnya samabutan kita terhadap insitutis kewartawanan.

Kita sekarang ini hanya ada tiga surat khabar harian sahaja sedangkan penduduk di Malaysia adalah kira-kira 70 peratus orang melayu. Kerajaan mesti tahu fungsi kewartawanan dan wartawan mesti tahu fungsi kerajaan. Ketika ini, kerajaan menegur kewartawanan, tetapi adakah kewartananan Melayu mampu menegur kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat