PM ucap tahniah kepada Cikgu Khalifa menang Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2022.

- Advertisement -

KUALA LIMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada guru Kolej Vokasional Keningau, Sabah, Khalifa Affnan yang dipilih sebagai pemenang global bagi Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2022.

Kata Perdana Menteri, seluruh Keluarga Malaysia berbangga dengan kejayaan Cikgu Khalifa ini yang mengharumkan nama Malaysia dalam bidang perguruan di peringkat antarabangsa.

“Saya difahamkan Cikgu Khalifa adalah guru pertama di rantau ini yang dinobatkan anugerah ini.

“Pencapaian beliau dalam mencetuskan satu projek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) ini perlu dijadikan penyuntik semangat Keluarga Malaysia lain untuk berusaha keras menempa kejayaan dalam bidang masing-masing.

“Syabas dan tahniah sekali lagi kepada Cikgu Khalifa. Selamat maju jaya dan teruskan kecemerlangan anda di mana sahaja anda berada,” ucap Ismail Sabri dalam catatan di Facebooknya pada Jumaat.

Khalifa seorang guru Kolej Vokasional Keningau, Sabah, mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai pemenang global bagi Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2022.

Beliau muncul guru Malaysia yang pertama terpilih merangkul anugerah berkenaan pada kedua-dua peringkat global serta serantau, atas pencapaiannya dalam mencetuskan satu projek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Melalui inisiatif itu, beliau melatih pelajar dalam bidang robotik, dron, pengekodan dan disiplin berasaskan teknologi, malah usaha beliau berjaya meningkatkan penyertaan aktif pelajar perempuan serta berkeperluan khas dalam aktiviti STEM.

Penganugerahan itu merupakan pertandingan global anjuran Cambridge University Press bagi mengiktiraf serta meraikan usaha pendidik di seluruh dunia.

Tahun ini, lebih 7,000 pencalonan dari 113 negara diterima, yang menyaksikan Khalifa disenarai pendek sebagai antara pemenang serantau dari Asia Tenggara, Australia dan New Zealand.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat