KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Exco Srikandi Bersatu menandatangani kenyataan bagi menegaskan pendirian kekal bersama Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Meskipun katanya wujud usaha-usaha pihak tidak bertanggungjawab yang ingin mengurangkan sokongan mereka mahupun ahli-ahli Bersatu kepada Presiden.
“Kami secara kolektif menyatakan bahawa kami telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Srikandi Mas Ermieyati Samsudin, berikutan perkembangan semasa yang menunjukkan wujudnya kenyataan dan tindakan yang tidak
selaras dengan Perlembagaan parti serta prinsip disiplin organisasi yang wajib dipatuhi oleh setiap pimpinan.
“Malahan, kenyataan dan tindakan beliau tidak melalui musyawarah serta mandat platform organisasi sayap Srikandi.
“Perkara ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan dalaman, malah berpotensi menghakis kepercayaan serta merencatkan kesatuan Srikandi di semua peringkat,” kata Srikandi dalam kenyataan bersama pada Jumaat.
Sehubungan itu, Srikandi Bersatu menegaskan bahawa segala keputusan, kenyataan, dan pendirian yang dibuat oleh Mas Ermieyati kebelakangan ini adalah atas kapasiti peribadi beliau semata-mata.
“Tindakan dan keputusan itu tidak mendapat sokongan dan persetujuan kami, Exco Srikandi Malaysia mahupun majoriti
Ketua-ketua Srikandi Negeri.
“Kami tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan yang melemahkan organisasi.
“Kami telah menyelaras bersama Ketua-ketua Srikandi Negeri dan kepimpinan setempat dalam mengenal pasti bahagian-bahagian yang terkesan dan sedang giat melaksanakan proses pemulihan.
“Langkah-langkah sewajarnya juga sedang dan akan terus diambil selaras dengan Perlembagaan parti bagi memastikan disiplin, kestabilan serta keutuhan perjuangan terus terpelihara.
“Perjuangan ini lebih besar daripada mana-mana individu. Srikandi akan terus berdiri teguh, berprinsip dan setia kepada perjuangan parti,” katanya.
1. DATUK NOLEE ASHILIN MOHAMMED RADZI
2. DATUK SERI MOHAMED AZMIN ALI
3. JUMIAH JONED
4. RAPIA’AH NGAH
5. NURULHUDA MD YUNUS
6. NOOR JEEHAN ADAM
7. NOOR AZAH HARUN (KSN NEGERI SEMBILAN)
8. RAHIMAH MAJID (KSN SABAH)
9. ROHANA GHAZALI
10. JULIANA ABDUL GHANI
11. ZARINA ABDULLAH
12. NOR IZZATUN UDDA MOHAMED (KSN WILAYAH PERSEKUTUAN)
13. HAJJAH BORKES @ BALKIS KALINGGALAN
14. PUTERI HOLIJAH MUHAMMAD RALI
15. ZETI ZANARIAH MASIRAN
16. NAJWAH HALIMAH AB HALIM
17. ISFARINA MOHD BALI
18. DATIN NENG HAYATI HAYATULLAH MD ALI (PENGERUSI TETAP)
19. SITI FARAH ABU HASSAN (TIMBALAN PENGERUSI TETAP)
KETUA SRIKANDI NEGERI (KSN) :
1. ALWIYAH TALIB (JOHOR)
2. SHAMSILAH SIRU (KEDAH)
3. AZURA ADNAN (PERLIS)
4. MEJAR BERSEKUTU (PA) DR. YUYUNHANI BINTI MOHD YUSOF (PULAU PINANG)
5. ROSNIZA ISMAIL (PERAK)
6. SHARIFAH ROSALIZA SYED OTHMAN (SELANGOR)
7. NOR HAFIZAH DEWA (PAHANG)
8. NORMA MAMAT (TERENGGANU)
9. SUSIE SHELLY ANAK MINGGU (SARAWAK)
AHLI-AHLI YANG BERHORMAT SRIKANDI BERSATU MALAYSIA
1. DATUK HALIMAHTON SHAADIAH SAAD
2. NORHASLINDA ZAKARIA



