Tak perlu tunggu pinda akta, terus siasat dan tangkap kartel campur beras, 2 tahun rakyat ditipu – Hassan Karim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali disaran tidak perlu menunggu Akta Kawalan Beras dan Padi 1994( Akta 522) dibawa ke Parlimen untuk dipinda baru hendak bertindak terhadap kartel sindiket campur beras putih tempatan dan beras import yang dijual sebagai beras import dengan harga mahal.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim menegaskan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggunakan Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730); Consumer Protection Act 1999 dan Akta Makanan 1983.

Hassan yang juga pengamal undang-undang memberitahu, akta-akta berkenaan boleh diguna pakai untuk menyiasat, menangkap dan mendakwa kartel-kartel yang telah menipu rakyat Malaysia selama hampir 2 tahun ini.

“Isu kesalahan mencampurkan beras putih tempatan dengan beras import yang dijual sebagai beras import saya syorkan kepada Menteri KPKM dan KPDN supaya bertindak sekarang juga jangan bertangguh-tangguh lagi untuk bertindak kepada kilang-kilang beras, pemborong dan peruncit yang bertanggungjawab yang mencampurkan beras putih tempatan dengan beras putih import yang dijual dengan harga mahal sebagai beras import.

“Dua menteri dari dua kementerian yang disebut di atas tidak perlu menunggu Akta Kawalan Beras dan Padi 1994( Akta 522) dibawa ke Parlimen untuk dipinda baru hendak bertindak.

“Ini adalah kerana MARDI telah menemui analisa forensik yang saintifik berdasarkan DNA bahawa beras putih tempatan dapat dibuktikan secara saintifik berbeza dengan beras putih import,” kata Hassan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat