Mat Sabu catat semua keluh-kesah pesawah untuk tindakan lanjut

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mencatat semua keluh-kesah pesawah dengan teliti untuk tindakan lanjut oleh kementeriannya.

Beliau malah bertekad akan membantu para pesawah meningkatkan hasil serta taraf hidup mereka

“Bang Mat melawat Sungai Baru, Alor Setar, untuk bersarapan pulut ikan kering bersama para pesawah. Ramai dalam kalangan pesawah yang hadir merupakan kenalan rapat yang telah lama bersama Bang Mat sejak dahulu lagi.

“Dalam sesi sembang santai, Bang Mat mendengar sendiri keluhan, cadangan, serta isu-isu yang dibangkitkan oleh para pesawah. Setiap pandangan yang dikemukakan telah dicatat dengan teliti untuk tindakan lanjut.

“Insya-Allah, kerajaan akan terus komited dalam memperkasa sektor pertanian, khususnya dalam membantu para pesawah meningkatkan hasil serta taraf hidup mereka. Usaha penambahbaikan akan terus diperkukuhkan demi kesejahteraan semua,” kata Mat Sabu dalam catatan di Facebooknya pada Khamis.

Beliau yang juga Presiden Amanah sebelum itu telah membuat lawatan mengejut ke tapak Projek Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan MADA di Kampung Gulau, Pendang, Kedah.

“Projek ini melibatkan kawasan seluas 38.995 hektar dengan penyertaan 10 peladang muda tempatan, bertujuan meningkatkan hasil padi melalui pendekatan moden dan teknologi pertanian pintar.

“Secara keseluruhan, keadaan projek ini memuaskan, namun masih ada ruang untuk penambahbaikan agar hasilnya dapat ditingkatkan lagi. Bang Mat percaya dengan usaha berterusan dan komitmen semua pihak, projek ini mampu mencapai potensi maksimum demi manfaat bersama.

“Bang Mat juga telah mengarahkan pemantauan berkala oleh pihak kementerian bagi memastikan keberkesanan projek serta langkah proaktif dalam menangani sebarang isu berbangkit,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan kekal komited dalam memperkasa sektor pertanian negara dan memastikan keterjaminan makanan terus terpelihara demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan industri pertanian.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat