Kebajikan Rakyat Maharani Fokus Utama Noor Farah

- Advertisement -

MUAR: Calon Barisan Nasional N.15 Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani, Noor Farah Shamsuddin akan memfokuskan aspek kebajikan rakyat sebagai asas teras utama jika dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada 12 Mac depan.

Jelasnya, Kawasan Maharani akan dibangunkan dari segi segi infrastruktur dan fasiliti.

“Sudah semestinya saya akan meletakkan kebajkan penduduk Maharani sebagai asas teras utama,

“Kita juga akab membagunkan Maharani dari segi infrastruktur serta fasiliti dan yang paling pentingnya adalah kebajikan.” Katanya kepada SuaraTV selepas memngadakan Prorgram Walkabout di Pasar Tani Muar, pada Ahad.

Mengenai pengundi baharu anak muda, Noor Farah berkata, kita tidak boleh mengenepikan hak mereka untuk memilih pemimpin.

“Jumlah mereka sangat besar.

“Saya sebagai wakil parti akan cuba mendekati mereka untuk dekatkan mereka dengan BN,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Noor Farah menyeru pengundi di Maharani memberi peluang kepadanya untuk memberi perkhidmatan di DUN Maharani supaya dapat membantu mereka dari segi kebajikan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung 12 Mac depan, Noor Farah yang mewakili BN akan ditentang lima lagi calon iaitu Nor Hayati Bachok (PH); Abdul Aziz Abdul Ralib (PN), Riad Ahmad (Pejuang); Muhamad Hanis Asmui Md Salleh (Parti Bangsa Malaysia) dan Lim Kim Joo (Bebas). -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat