PM arahkan bantu mangsa di Pantai Timur

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah dikerahkan membantu memindahkan mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan, sejak semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat juga sedang melakukan kerja-kerja menyelamat di kawasan terjejas bagi memastikan proses evakuasi mangsa berjalan lancar.

“Saya menerima laporan beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu terutamanya di Hulu Terengganu ditimpa musibah banjir yang teruk.

“Sejak semalam, NADMA serta agensi menyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, PDRM, ATM dan Angkatan Pertahanan Awam telah dikerahkan bagi kerja-kerja memindahkan mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan,” katanya melalui hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, Angkatan Tentera Malaysia melalui Briged Kelapan Infantri Malaysia juga telah diaturgerak membantu mangsa di kedua-dua negeri.

“Ramai yang terjejas sedang diselamatkan dan dibawa ke tempat yang lebih selamat.

“Saya juga telah mengarahkan NADMA untuk memastikan kit makanan mencukupi di PPS selain Kementerian Kesihatan turut membantu dalam memastikan pencegahan penularan COVID-19 dilaksanakan di pusat pemindahan,” katanya.

Beliau menasihatkan agar kesemua mangsa banjir mengikut langkah-langkah keselamatan dan berpindah ke PPS atau tempat yang selamat untuk keselamatan diri dan keluarga.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,591FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat