Vaksin COVID-19: Perlu Siap Sedia Hadapi Kemungkinan ‘Last Mile Delivery’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hanya dalam tempoh setahun, vaksin COVID-19 berjaya dibangunkan, namun cabarannya kini adalah pengagihan yang berkesan, cepat dan selamat.

Ketua Eksekutif Deutsche Post DHL Group, Frank Appel, berkata semua negara perlu bersedia dengan keadaan yang disebut sebagai ‘last mile delivery’, yang berpotensi menjadi masalah besar jika tidak ditangani dengan baik.

“Ada sesetengah negara akan mengalami situasi menerima vaksin lebih lewat daripada negara lain.

“Kerajaan perlu menjawab banyak persoalan, adakah sistem kesihatan anda bersedia dan bagaimana anda mahu menanganinya?

“Kerajaan perlu mempersiapkan negara mereka untuk menghadapi situasi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi forum bertajuk ‘Vaccinating the world: From mass production to last-mile delivery’ sempena Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung secara maya, pada Selasa.
Appel juga menggesa syarikat besar dan kaya yang tersenarai dalam Fortune 500 agar mengambil bahagian dalam usaha imunisasi COVID-19 di peringkat global.

Kata Appel, langkah itu akan memberi sumbangan besar kepada usaha melambatkan serta melandaikan lengkung jangkitan.

“Kami ada 570,000 pekerja di seluruh dunia. Jika semuanya diberi vaksin, ia tidak mengubah banyak perkara.

“Tetapi bayangkan jika 500 syarikat ini mengambil langkah yang sama, ia pasti memberi kesan yang signifikan,” katanya.

Sementara itu, COVAX, projek yang diselaraskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan kerjasama beberapa pihak antaranya GAVI dan Pusat Inovasi Penyediaan Epidemik (CEPI), menekankan kepentingan pengagihan vaksin yang menyeluruh.

Ketua Pegawai Eksekutif GAVI, Seth F. Berkley, berkata, mereka kini sedang sedaya upaya mempercepatkan pengedaran vaksin ke seluruh dunia, dengan dua bilion vaksin dijangka selesai diedar penghujung tahun ini.

“COVAX berperanan untuk memastikan akses yang adil, meneruskan penyelidikan dan pembangunan serta memastikan tahap kesediaan dengan sistem pengawalseliaan.

“Terdapat sedikit situasi panik kerana banyak negara menginginkan dos secepat yang mungkin dan kami melakukan yang terbaik untuk mempercepatkan prosesnya,” katanya – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,495FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat