Siri OPPO Reno5 khas untuk pencipta kandungan media sosial

- Advertisement -

OPPO memperkenalkan penambahan terbaharu untuk siri Reno iaitu OPPO Reno5 dan OPPO Reno5 Pro yang menawarkan sokongan untuk sambungan 5G.

Ia juga dilengkapi dengan rangkaian fungsi kamera AI, seperti Video Sorotan AI dan Video Dwi Pandangan, sekaligus menjadikannya peranti yang sangat berguna untuk duo kreatif seperti Azira Shafinaz dan Sophia Liana, Talitha Tan dan Elizabeth Tan, serta Pauline Tan dan Emily Chan.

Siri OPPO Reno5 dilengkapi sistem kamera serba baharu dengan kamera belakang matriks quadcam 64MP dan kamera depan ultra-jelas 32MP.

Selain itu, ciri Potret Suar Malam pada OPPO Reno5 membolehkan pengguna mengambil video atau foto menakjubkan pada waktu malam dengan mudah. Ciri ini ditambah baik dengan elemen kesan bokeh yang indah.

Terdapat juga ciri yang baharu iaitu Video Dwi-Pandangan yang membolehkan video dirakam dari kamera depan dan belakang secara serentak.

Fungsi rakaman perspektif berganda ini menggabungkan dua video yang menampilkan pengguna dan subjek yang ditangkap, dalam bingkai video yang sama. Ia sesuai untuk anda yang ingin menceburi bidang vlog.

Pengguna juga mempunyai akses kepada fungsi efek kecantikan yang berbeza untuk gambar berkumpulan, menunjukkan kepelbagaian setiap individu dan membuat penampilan yang sesuai dengan selera masing-masing.

Fungsi ini ditunjukkan oleh Elizabeth Tan kepada Talitha ketika pelancaran dalam talian dan Talitha kagum dengan kesan ciri ini yang dapat memperbaiki ciri wajah tanpa kelihatan canggung.

Dengan siri Reno5, proses penyuntingan video sangat mudah ia menggunakan perisian penyuntingan video yang sudah disiap pasang iaitu Soloop.

Selain itu, fungsi Auto Generate dan Shoot Like An Influencer menyediakan jalan pintas untuk pengguna membuat video yang bergaya dan menyeronokkan seperti pencipta kandungan yang profesional.

Siri Reno5 boleh didapati dalam dua warna yang indah dan memukau iaitu Galactic Silver dan Starry Black.

Selain itu, sistem Pembukaan Cap Jari Tersorok disatukan di bawah paparan untuk memastikan pembukaan kunci telefon boleh dilakukan dengan serta-merta sambil menjaga keselamatan data.

Reno5 juga dilengkapi dengan Perakuan Netflix HD dan Amazon Prime Video HD yang membolehkan pengguna melayari kandungan strim dengan lebih terperinci. Tambahan pula, layar cahaya biru yang rendah direka untuk melindungi penglihatan pengguna dalam penggunaan yang berpanjangan.

Antara ciri-ciri prestasi yang luar biasa Reno5 ialah 65W SuperVOOC2.0 Flash Charge yang sangat pantas. Ia adalah satu lagi kemuncak yang akan mengubah kebiasaan telefon pintar dari sifat pengguna.

Ia dapat mengecas Reno5 hingga 100% kuasa baterinya dalam hanya 35 minit. Bateri 4,300mAh yang besar membolehkan penggunaan sepanjang hari, walaupun untuk pengguna yang tegar.

Reno5 mengintegrasikan Qualcomm Snapdragon 765G, platform mudah alih 5G bersepadu yang telah terbukti secara meluas memberikan prestasi 5G pada peringkat tertinggi. Reno5 Pro pula menampilkan SoC bersepadu 5G terbaharu dari MediaTek, Dimensity 1000+, untuk kemampuan 5G yang terbaik.

Ia menyokong piawaian Wi-Fi 6 terkini untuk penyambungan menyeluruh yang sangat pantas dan boleh dipercayai.

Untuk memastikan pengalaman 5G konsisten dan stabil, OPPO juga telah mereka Reno5 Pro dengan antena 360 darjah yang dapat menyambung secara automatik kepada isyarat terbaik yang ada. Reno5 Pro juga dikuasakan oleh bateri 4.350 mAh dan menyokong SuperVOOC 2.0 Flash Charge.

OPPO Reno5 5G berharga RM 1,899 manakala Reno5 Pro 5G berharga RM 2,599. Pra-pesanan bermula dari 13 hingga 26 Januari 2021 dan bagi mereka yang membuat pra-pesanan OPPO Reno5 Series akan menerima hadiah percuma tambahan bernilai RM397, yang merangkumi OPPO Enco W11 bernilai RM159, 1x penutup selongsong telefon OPPO bernilai RM129 dan jaminan tambahan satu tahun percuma bernilai RM109.

Mereka yang membuat pra-pesanan untuk dua unit bersama dengan seorang rakan di mana-mana Pusat Jualan & Perkhidmatan OPPO akan menerima set edisi terhad penutup selongsong telefon bimbit BFF + rebat RM100 atas pembelian mereka.

Jualan pertama siri Reno5 akan bermula dari 27 Januari dan akan tersedia di mana-mana kedai jenama OPPO, kedai e-dagang rasmi OPPO, kedai peniaga rasmi OPPO, serta rakan e-dagang, rakan kongsi telco dan kedai rakan rangkaian.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat