Harap Tun M angkat Mat Sabu jadi PM9 – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad melantik Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu sebagai Perdana Menteri ke-9.

Syor ini dibangkitkan susulan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mempertimbang untuk menggunakan Amanah dalam persaingan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) terus menyekat peendaftaran parti itu.

“Harap Tun M akan mengangkat Mat Sabu menjadi Perdana Menteri ke-9 sebab dia menghiburkan.

“Harap Amanah akan lantik Tun M sebagai Timbalan Presiden kepada Presiden Mat Sabu,” seloroh Najib di Facebooknya.

Dalam pada itu, Najib turut mengusik singkatan Parti Amanah Negara sebagai PAN iaitu kuali manakala Parti Pejuang Tanah Air sebagai Petai.
“Kuali tambah petai jadi Mat Sabu PM-9,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat