Ahmad Zahid ungkap rindu pada Tanah Suci

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengungkap rasa rindu yang mendalam untuk mahu kembali ke Tanah Suci Mekah dan Madinah.

Katanya, jiwa dan hati berasa nyaman ketika berada di Tanah Suci.

“Tiba-tiba hati ini sangat merindui mahu kembali le Tanah Suci Mekah dan Madinah.

“Betapa nyamannya jiwa dan hati ketika di sana,” luah Ahli Parlimen Bagan Datuk itu di Twitternya.
Awal Januari lalu, kebenaran pelaksanaan ibadah haji bagi umat Islam di Malaysia tahun ini masih belum diputuskan Kerajaan Arab Saudi susulan pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, setakat ini belum lagi ada kata putus daripada Arab Saudi begitu juga berhubung kuota yang akan diperuntukkan kepada jemaah haji dari Malaysia.

Tambah Ahmad lagi, beliau percaya umat Islam lain juga pasti menyimpan rasa rindu yang sama kepada tanah penuh barakah itu.

“Saya berdoa Ya Allah…tamatkanlah segera pandemic Covid-19 ini agar kita semua dapat kembali ke sana dengan izin-Nya.

“Berkesempatan menjadi tetamu Allah beribadah di Tanah Suci detik yang paling indah bagi kita semua umat Islam.

“Kepada sahabat-sahabat yang belum pernah menjejakkan kaki di Tanah Suci, saya berdoa tuan-tuan dan puan-puan akan tiba ke sana satu hari nanti,” doa beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat